[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Monday, March 30, 2009

Kayuhan Tayar Sotong Ke Ulu Legong


View Larger Map

Salam RCT members...

" Dulu org gelak kan saya , tp skrg saya pula gelak kan mereka semua" Kata mamat gigi palsu. Anda ingin jadi mamat mcm tu? Maksud aku bukan suruh pakai gigi palsu, tapi ayat dia tu. Dulu kayuh takat main kat guaq aja, main kot bendang... laaa niee, kita kayuh jauh sket. Ke Ulu Lengong,Baling.

Bila? 05/05/2009 sampai bila? 06/05/2009
Kat Mana? Ulu legong
Brapa org? 20 org ajeee... dah abis quota
Masa? kumpul kat PFK 7.00 pagi nooo... lewat hang pie sembang ngan Barishah...
Jarak? Pie balik 120km
Average speed? 30km/hr

Selamat makan sotong goreng di Ulu Legong...

Thursday, March 26, 2009

LeTour Guaq Sik 2009

Assalamualaikum,

Alhamdulillah... misi Guaq -> Sik terlaksana dengan jayanya walaupon telah terbahagi kepada 3 kumpulan... kumpulan pertama set tayar sotong iaitu RCT Zale & Fahrul manakala kumpulan kedua ialah RCT Fuad / Lan & Sahaq... dan kumpulan ke 3 ialah RCT Nayan dan Mie...

Apabila di buat post mortem kumpulan pertama didapati menguna tayar sotong yg di haramkan oleh Persatuan Gerek Kedah kerana tayar ini telah menyebabkan sotong pupus dikuala kedah... OK lah hangpa tengok laa sedikit tatapan untuk membakaq lemak hangpa semua...

Bergaya di depan signbord Tmn Ria Mesra II.. Tudia Sik jauh lagi nuuu

Aku ambik gambaq nie sebab ada 'Bukit Selambau'...
Kira boleh pie kempen la lepas nie...

Sampai dah separuh jalan.. berlatar blkgkan 'jambatan jeniang'




Ada ahli RCT sorang tinggai kat kampung nie....

Sapa nak makan Burger Nasik Lemak mai gerai nie...

Yesss... 10km lagi nak sampai SIK....

heh heh heh... MERDEKA... Lawan tetap Lawan....

Coratec sedang berqiamulai depan masjid PEKAN SIK...

Kira Sampai SIK dah... 2 ahli RCT sdg control macho...
Gambaq dah ambik...jadi rajin2 la mai masjid nooo.....

Dalam perjalanan balik singgah pekena NASIK kat kedai brother nie..

Ada bisness buat bangsai nie..nak odar contact aku....

rate harga bangsai nie dalam RM3000.00..ada mau odar..

Nie dia CENDOI PULUT kat pekan JENIANG....

LAKSA beb...sedap tuu kuah belot depa kata...

Zale kusyuk pekena ABC....


Nie dia jarak yg dibuat hari nie....


RASA nya total jarak ialah 83km spt kata RCT Sahaq...
aku sampai umah dulu depa lajak pie check point umah RCT Zale..
itu pasai terlebih tuuu.....

KESIMPULAN...
Lepas nie kalau nak main atas jalan TOBAT buang la pakai tayar PAJERO nie
pakat2 pakai laaa TAYAR SOTONG tuu walaupon ianya di haramkan.... he he he..

Tuesday, March 17, 2009

Projek - Wan mat Saman tour..

Assalamualaikum,

nampaknya hari ini team RCT telah memecah rekod peribadi dari segi kadar jauhnya kayuhan. Dimana jarak yg telah berjaya di lakukan adalah 80.33km iaitu dari..



Guaq -> Aloq Setaq -> Kuala Kedah (pekena gulai ikan temenung) -> Kg Sg Nonang -> tebengau -> Yan -> Guaq

Antara geng RCT yg terlibat adalah RCT Fuad, Zale, Sukri, Sahaq, lan dan Mizi. RCT Mizi membuat kayuhan solo dari Aloq Setaq dan bertemu geng yg lain di Padang Lumat. Lalu patah balik semula ke Aloq Setar. Sepanjang kayuhan di sisir Terusan Wan Mat Saman sehingga ke Alor Setar lebih kurang 30km. dan tempat berhenti pertama adalah di Stesen PETRONAS TANDOP.

di sana pakat buat keputusan untuk pekena GULAI IKAN TEMENUNG di jalan KUALA KEDAH. Best jugak ikan temenung paklong nie.. pastu boleh dikatakan murah jugak sebab 12ekoq + kepah + sambal + 6 pinggan nasik harga dia cuma 25 inggit jaa... patut laa ramai kat kedai nie...

Bila dah kenyang..kayuhan untuk balik ke Guaq dimulakan dan jalan yg dipilih kali nie adalah menerusi jalan susur dari KUALA KEDAH ke YAN dimana org panggil jalan belakang. Dalam kayuhan pulang gerek RCT Zale telah pancit dan terpaksa di buat penukaran tiub dalam dahulu. Ini kira 1st time kejadian spt ini berlaku... Selepai selesai memomen tayar tersebut kayuhan diteruskan untuk menuju ke GUAQ...

ini ada sedikit gambaq utk membakaq semangat RCT yg lain ..















Thursday, March 12, 2009

Tanjong Jaga ditawan lagi.


Tarikh: 12 Mac 2009

Jarak Keseluruhan: 60km . 100% on road

Masa: 8.30 Pg – 12.00 Tgh

Geng RCT: Abg Shukri, Fahrul, Bad dan Aku (Fuad)

Cuaca: Cukup cantek.Panas Terik…

Mula kayuh dari Taman Sinar Mentari (Umah Abg Kri) sampai ke kaki Gunung Jerai.”Lepak lu sakit pungkoq” Abg Kri kata.Jadi kita lepak kat kaki gunung jerai sambil menunggu Fahrul dan Bad yg nak joint sekali kayuhan di pagi khamis.laluan trek dr kaki gunung jerai sampailah Pantai Murni cuma mini Tar sahaja manakala ke tanjong jaga tu bergunung-ganang, bak kata Raja Bukit Pueihhhh… sebut aja raja bukit nie, dengar kata raja bukit BPJ sudah ditewas kan oleh raja bukit Guaq pada minggu lepaih.Mungkin Raja Bukit BPJ tak warm up kot jadi senang2 aja kena cilok.

Sampai aja kat Tanjong Jaga beraksilah masing2 dengan kepakaran dan aura yang ada utk merabat gunung yang setinggi 500m dari paras laut.Memang pueihhh laa… Tapi abg kri kata yang nie tak da pa. Yang gunung jerai tu sampai tarik urat juboq dan Urat kepala. Buat Pengetahuan semua, penjelajahan Tanjong Jaga nie sudah masuk kali ke Tiga oleh geng2 RCT. Team RCT yang mula-mula adalah Amm, Bad dan Fahrul.

Kami lepak satu kat simpang nak pie tanjung dawai dan kedua kat depan Pejabat Pos Bedong. Abg Kri ajak pekena cendoi Bedong memang sempoi.Aku nak ajak pie kena cendoi Pak Wahab tapi dah ada awek cendoi punya pasai jadi tak jadi lah. Lepaih pekena cendoi Bad dan Fahrul terpaksa teruih ke Guaq, aku dan Abg Kri pie Tmn Sinar Mentari.Nie ada sedikit gambar semasa penjelajahan Tanjong Jaga.


Di kaki Gunung Jerai. Manalah Bad dan Fahrul nie...

Sampai di Pekan Merbok

Ke Muzium Arkeologi

Abg Kri dgn Aksi Tupah. PANAS!!!
Nak jadi Doktor masuk Universiti nie.


Sedap betoi lah cendoi awek bedong...

Kat belakang tu... kalu nak tau bekas tunang Mad Stim...

Mad stim... ooo Mad... stim kalu tak hang kena buat cendoi laa utk Geng RCT.


Wednesday, March 11, 2009

Misi Gunung Jerai

Salam RCT, 


Isnin,9.3.08 bersempena dengan sambutan hari Maulidur Rasul maka team rct telah dengan jayanya membuat kayuhan pendakian jerai stage1.Seramai 15 orang ahli telah berkumpul dikaki gunung.Pendakian ini yang sepatutnya bermula pada pukul 830 pg tertangguh sehingga jam 9 pagi bagi menuggu rakan yg baru pulang kerja malam turut serta.


Boleh dikatakan semangat setiap ahli berkobar-kobar untuk menawan dan mengukur sejauh mana stamina setiap individu.Tepat jam 9pg,pendakian pun bermula.Ha.ha..maka bermulalah episode suka duka rct kali ini.500m.pertama agak mudah tetapi bila lepas ja gate pengawal rupanya pandakian gunung jerai ini tiada noktahnya.tengok depan panjat lagi ,lepas panjat ,panjat.rasa macam nak tercabut saraf otak pun ada.


Akhir sekali pandakian hari ini dibuat setakat 6000m (separuh dari jarak sepatutnya).Dan pendakian ini juga merupakan stage1 kata ahli rct Nyan."kalau sampai habis takut2 lain kali tak mau mai dah"..lagipun ada lagi ahli rct yg belum turut serta jadi kita kasi ending kat puncak tu sama2 nanti…

 

Antara paparan aksi d jerai….















Related Posts with Thumbnails