[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Wednesday, July 28, 2010

Pengumuman Terkini : Kayuhan Ke Perlis

Adalah ini dimaklumkan Program kayuhan kita telah dirombak atas permintaan sahabat semua. So far kita tetap kayuh ke PERLIS tetapi kita tukaq sikit kona ke Kuala Perlis sebab ada cadangan untuk makan IKAN BAKAQ pada malam tersebut.

Oleh itu ini adalah laporan yg up to date untuk semua geng RCT .......

Kayuhan : GURUN > KUALA PERLIS > GURUN
Jarak : 95km
Tarikh : 7 & 8 / Ogos / 2010
Bertolak : 8.00 pagi di P F K S B
Penginapan : T HOTEL Kuala Perlis
[http://www.thotel.com.my]

Tengah Hari : Warung tepi jalan.. yang mana dan laa..!!
Malam : Ikan Bakaq Kuala Perlis


PETA LALUAN KAYUHAN

Adalah dengan ini diharap semua ahli RCT yang terlibat sila kontact Mat Som untuk registration.. jadi jangan lepaskan peluang nak bersuka-ria dalam aktiviti yg dianjurkan ini..

Jom Kita Ke KUALA PERLIS


Kita Tidoq Sini..
Kita makan benda nie....
Ikan Bakaq Sedang Menanti.. Ayuhhh!!


SENARAI NAMA YG DAH KOMPOM:
  1. IGUANO
  2. Atok Omaq
  3. Mat Som
  4. Nasir mamak
  5. Bob paiman
  6. Pak Lan
  7. Mizi
  8. Laloq
  9. Rosli Munaf
  10. Pak Ku
  11. Nasir Bakaq
  12. Pak Uda
  13. Mad Daud Mech
  14. Rani Merida
  15. Yazmuddin
  16. Joko
  17. Pok Nik
  18. Budin
  19. Mad joe
  20. Amet Instrument
  21. Lie Haron
  22. Yon BPJ
  23. Pak Ya Rap
  24. Bang Zale
  25. Megat ASTANA
  26. Bad
  27. Fahrul
  28. Apek Electrical
  29. Achong
  30. HJ Ramli
  31. CG Nusi
  32. CG Kob
  33. Usop Polis
  34. Pak Lie Offsite

Support Car Dan Marshall

  1. Sarjan [motor]
  2. Mail Kupang [motor]
  3. Amm [Kereta]
  4. Ameng [Paparazi]
  5. Zoey [Paparazi]
  6. Mail Aspar
  7. Yess Boss & Anak-anak [Van SARENA]



Note:
  • Geng Marshall diperlukan untuk 5 biji motor [dah ada 2 bijik]
  • Kereta pengiring juga diperlukan dalam 3 biji [dah ada 1 bijik]
P/S - Kepada peserta kayuhan akan dikenakan yuran sebanyak RM30 seorang dan sila serah kan pembayaran dengan secepat yang mungkin kepada Mat Som dan Pak Lan. Jangan lupa isi borang penyertaan yang boleh didapati daripada Mat Som, Pak Lan dan Rani MERIDA.

Di harap peserta dapat berada di PFKSB sebelom 8.00 pagi. Kerjasama dari peserta mendisplinkan diri untuk datang awal pagi amat lah dihargai. Tayar akan bergolek pada 8.00 pagi, lambat tinggai pasai tak mau tunggu hampa nuuu... panaih lit lap akan menanti anda.

Sponser Utama:

GOJI MOIS
016 4990762
- Goji adalah sejenis makanan semulajadi 100% yg
mempunyai khasiat perubatan untuk membantu
merawat pelbagai penyakit - INSYA'ALLAH

KSRP Utara

PFKSB

Tuesday, July 27, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAWAN KITA POK NIK


Saturday, July 24, 2010

Rani Hamid's Photos - Perigi Offroad










Friday, July 16, 2010

Kayuhan sempena Ramadhan - Gurun > Kangar > Gurun

Assalamualaikum....

memandangkan lama kita semua tak memecahkan otot dan membasahi janggut dengan peluh maka dengan ini rakan kelab RCT telah bersetuju untuk mengadakan Kayuhan Sempena Kedatangan Ramadhan nanti untuk semua ahli Kelab RCT menyertainya.

Selepas perbincangan meja bulat dengan ini dipersetujui untuk membuat kayuhan kearah utara iaitu menuju ke Bumi Perlis Indra Kayangan.

dalam perancangan awal kayuhan ini yg akan dilaksanakan...

Kayuhan : GURUN>KANGAR>GURUN..
tarikh : 7&8/08/2010....
Hari : sabtu dan ahad...
target bermalam di berseri....iaitu homestay...


View Larger Map

note : sebarang perubahan akan diberitahu semasa kesemasa...
dan nak tau detail contact RCT MAT SOM UREA...


Bandaraya KANGAR sedang menanti...
apa lagi arrange cuti cepat...
Gerek dah lama dok tersadai tuu...

Thursday, July 8, 2010

Basikal lipat di tiang atasi kes curi


SCOTT menunjukkan demonstrasi basikal ciptaannya yang boleh dilipatkan di sebatang tiang lampu awam, London.


LONDON - Seorang penuntut Britain, Kevin Scott menjadi perhatian pada pameran Pereka Muda Kedua di Islington, utara London dengan mempamerkan basikal yang boleh dilipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal ciptaan pelajar Universiti De Montfort itu menggunakan sistem lengkungan sehala yang dapat dibengkok pada sebatang tiang lampu untuk dikunci dengan selamat tanpa menggunakan pengunci rantai.

Scott, 21, berkata, basikal unik itu dicipta bagi menangani kes kecurian basikal di sekitar London yang semakin membimbangkan pihak berkuasa dan masyarakat sehingga mencatatkan rekod lebih 52 kes kehilangan pada setiap hari.

Basikal itu boleh kembali kepada bentuk asal dengan pantas dan mampu disimpan di dalam mana-mana tempat yang bersaiz kecil. - Agensi

Thursday, July 1, 2010

Geng RCT bila pulak nak buat kayuhan macam nie..??

Kayuh 'gerek' kutip dana bina masjid

ALOR SETAR – Hujan dan panas tidak menjadi halangan kepada tiga anak kariah Masjid Taman Kenari, Kulim untuk berbasikal bagi mengutip dana pembinaan masjid itu.

Kayuhan bermula dari Kulim ke Alor Setar sejauh turut singgah ke Wisma Darul Aman bagi menyerahkan surat permohonan dana kepada Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Pengerusi Pembangunan Masjid Taman Kenari, Sulaiman Ibrahim berkata, adalah besar harapan mereka yang mewakili penduduk kariah Taman Kenari agar kerajaan negeri dapat memberi bantuan kepada pembinaan masjid tersebut.

Menurutnya, kos pembinaan masjid itu adalah RM3.3 juta namun hingga kini mereka berjaya peroleh hanya RM700,000.

"Kayuhan ini merupakan usaha anak-anak kariah bagi mengumpul dana untuk menyiapkan masjid yang telah siap 35 peratus dengan hasil sumbangan indidvidu dan anak-anak kariah.

"Kita masih memerlukan RM1.8 juta untuk menyiapkan pembinaannya tanpa kemudahan yang lain," ujar beliau.

Tambah beliau, sepanjang kayuhan pergi dan balik dari Kulim ke Alor Setar, Mohd Johari Mohd Fahmi, Mohd Zaidi Abd Rasid dan Hasrul Ghazali, mereka mengedarkan risalah kepada orang ramai agar menyumbang kepada dana tersebut.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya melalui akaun Bank Islam 02057010019390 atau cek dan wang pos atas nama Masjid Kariah Taman Kenari yang dialamatkan kepada Bendahari Pembinaan Masjid, 240, Jalan Kota Kenari 2, Kota Kenari, 09000 Kulim.

Related Posts with Thumbnails