Salam semua,
Hari ini dalam sejarah 21/04/2009, 3 org RCT iaitu Fuad,Sokri dan Zale telah berjaya manakluki tiang TELEKOM Gunung Jerai bersamaan dengan Lesen E sebagaimana standard MTB (Razif Baling). lepaih ni anak2 hampa bila belajaq sejarah , mereka akan belajaq lah sejarah fasal 3 orang RCT nie. Kami mula golek tayar lebih kurang 07.30pg dari kaki Gunung Jerai dengan keadaan cuaca yg tidak berapa menarik. Nak buat cam na, sampai2 dah, takan nak balik umah buat nasi minyak ngan bini.
Sampai di km 5, hujan yg lebat serta diselang seli dgn ribut yg kencang telah turun menyebab 3 org RCT terpaksa meredah juga walaupun badan kesejukan. Nasib baik kaki tak krem.kira-kira sejam juga lah meredah hujan yg lebat tu.Memang bersyukur la sapa yg kayuh 3 ari lepas tak hujan. Tapi bagi 3 org RCT kata “tak trail la geng2 yg lepaih tu “…
Tepat Jam 09.45pg kami sampai di Muzium Perhutanan.Kami lepak kat sana sekejap aja, lg pun tak guna juga lepak lama2 kang dia mai Enzim malas, payah la. Dengan hujan yg renyai2 kami terus kan kayuhan ke Resort dan seterus nya ke menara puncak Tiang Telekom. Semasa kami di Resort, kami sempat juga membeli belah di ladang strawberi sebagai ole-ole utk semua geng MTB yang mai 3 ari yg lepas. Sapa-sapa yg order Jeruk strawberi, maaf lah dah abis.Buat pengetahuan semua, resort kat atas nie masih dlm renovation project. Pas nie Regency Hotel akan operate resort nie.Memang class laa resort nie 5 star...
Uuuummmphhh... manis mcm buah strawberi.
Sblom nie abg zale dan Firdaus pernah memiliki Lesen B full
Aku takat Lesen B full ergh... tak main laa..
Nie strawberi yang kami beli...
Depan pintu masuk ladang strwaberi.
Setelah penat membeli belah di ladang strawberi kami meneruskan perjalanan ke tiang TELEKOM yang ketinggiannya 1,217meter .Kami sampai kemuncak tepat jam 11.34pg bermakna kami mengambil masa lebih kurang 4 jam utk menamat kayuhan. Setiba di pintu pengawal kami berasa hairan kenapa pintu gate nie tak berkunci. Kalu hampa tengok kat Blog RamlySp gambaq yg depa ambik tu pintunya berkunci. Rupa-rupanya mereka menyambut kedatangan kami. Kami amat terharu dan berasa hiba dengan sambutan yg telah diberi kepada kami setibanya di pintu pengawal menara TELEKOM. Kami ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En Indra dr Rejimen Askar Wataniah kerana menyambut kedatangan kami bertiga. Setelah kami di layan dengan penuh mesra , kami pun beransur lah turun dengan berhati-hati kerana keadaan jalan yang licin.
Terima kasih Kpd En Indra dr Rejimen Askar Wataniah kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Dah la fuad.... toksahla naik Tiang TELEKOM tu.. abg ly pun tak naik cam tu.
Ayaq Terjun on the way ke Tiang Telekom
Simpang ke Telaga Tok Sheikh dan Tiang Telekom
Macam dok kat Cameron Highland aja...
Rock Tul bro nie...
0 Comments:
Post a Comment