nie aku ambik kat KOSMO.. perghhh mau berasap 20k tuuu...
Apakah keperluan asas yang perlu dimiliki untuk memulakan hobi baru anda iaitu sukan berbasikal gunung?
SUKAN lasak berbasikal gunung semakin menjadi perhatian golongan remaja masa kini. Meskipun ia merupakan sukan yang memerlukan daya ketahanan yang kuat, namun sukan tersebut tetap menjadi pilihan bagi mengisi masa lapang.
Kebiasaannya sukan berbasikal gunung boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu merentas desa, freeride atau tunggangan bebas, dirt jump dan tunggangan jalan mahupun trek.
Aktiviti sukan gunung ini boleh dilakukan di mana sahaja, baik di laman belakang rumah sehinggalah jalan kelikir. Tetapi kebanyakan penunggang lebih menggemari laluan runut yang dipanggil singletrack.
Ia adalah laluan yang merentasi hutan atau padang yang menjadi kegemaran para peminat sukan ini kerana ia lebih mencabar dan menguji kemampuan seseorang.
Dalam pada itu, peralatan yang digunakan kebanyakan basikal gunung mempunyai bentuk yang serupa iaitu tayar berbonjol, bingkai tiub bulat besar dan sejenis suspensi atau penyerap kejutan.
Peminat sukan gunung tidak akan berasa rugi untuk mengeluarkan ribuan ringgit semata-mata bagi mendapatkan barangan bermutu.
1 Comment:
korng just tunjuk je leralatan, tp harge x bg tau pun.. putus harapan..
Post a Comment