[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Sunday, November 21, 2010

Ada ka geng RCT sanggup buat camnie..??

http://3.bp.blogspot.com/_VgOu6xsrD8Y/S4_DbZh8CeI/AAAAAAAAAs4/YjYwZLM5_eg/s320/DSCF3907.JPG

gambar hiasan saja nie..satgie hangpa dok kata pengetua tu pulak


Pengetua naik basikal kutip dana di China

Sekolah perlu RM1.5j bina surau

KUALA LUMPUR: Niat mengumpul dana untuk pembinaan surau baru menguatkan semangat Pengetua Sekolah Menengah (SMK) Segambut Jaya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, mengayuh basikal sejauh 190 kilometer (km) dalam Program Kayuhan Sejaya dari Lexiaguo ke Kunming, daerah Yunnan, China, baru-baru ini.


Muhamad Khailani berkata, keadaan berbukit dan cerun tidak menjadi penghalang kerana pemandangan indah kawasan pertanian yang diusahakan secara tradisional itu mampu menghilangkan penat lelah.


Katanya, pemandangan sangat menakjubkan seolah-olah satu panorama lukisan luas terbentang dan program kayuhan amal itu berjaya ditamatkan dalam masa empat hari walaupun melalui cuaca sejuk, hujan serta angin kencang sepanjang perjalanan pada hari ketiga dan keempat.


"Saya memulakan kayuhan setiap pagi di lokasi berbeza menuju ke Kunming.


"Sepanjang perjalanan saya sempat singgah di enam masjid untuk menguatkan semangat, solat serta berehat. Setiap pekan ada restoran makanan Islam," katanya.


Muhamad Khailani berkata, anggaran kos pembinaan surau itu ialah RM1.5 juta dan setakat ini pihaknya baru menerima RM20,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah seterusnya pembinaan surau baru akan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah kewangan.


Katanya, surau sedia ada hanya mampu menempatkan 500 jemaah dan apabila siap, surau itu boleh digunakan untuk solat Jumaat seperti jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"Buat masa ini kami menyewa empat bas dari syarikat swasta bagi menghantar 600 pelajar lelaki ke Masjid Manjalara dengan kos RM11,000 sebulan. Setiap bas perlu berulang-alik dua kali untuk tujuan itu.


"Selepas siap pembinaan surau baru ini, banyak kos yang boleh dijimatkan dan usaha saya membuat kayuhan amal ini diharap dapat membantu kutipan dana yang kami perlukan," katanya.


http://www.bharian.com.my

Related Posts with Thumbnails