[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Sunday, August 7, 2011

1 Gerek 1 JARIAH



Hubungi Pak Lan 019-4589747 untuk lebih terperinci lagi tentang program

1Gerek1Jariah

Sunday, June 12, 2011

Kayuhan Reunion RCT


Tarikh : 12hb Jun 2011

Tempat: Rekreriasi Titi Hayun, Yan, Kedah.

laluan: Kaki G.Jerai - Kg Titi Teras - Titi Hayun - Kaki G.Jerai

Geng RCT: 40 org. Ada yang tak dapat dtg pasai menyelesaikan masalah masing2.



Objektif kayuhan kali ini adalah untuk mengingatkan kembali zaman kegemilangan iaitu tahun 2009 dimana tertubuh nya kelab RCT dan pengikut-pengikutnya yang setia pada waktu itu yang kini telah lenyap ditelan zaman dan hilang tanpa sebarang berita. Jadi dengan adanya kayuhan ini maka dapat lah mengumpul semula otai2 lama semula dan tidak lupa juga kepada otai2 baru. Maka dapat lah mengeratkan lagi perhubungan diantara ahli-ahli RCT semasa kayuhan berlansung.

Di akhir destinasi , satu jamuan makan2 dihidangkan dengan pelbagai lauk pauk yang sungguh menyelerakan tidak lupa hidangan dorian Udang Merah dengan Puluit santan sungguh mengiurkan air liur.

Terima kasih buat semua ahli-ahli RCT kerana sudi hadir bagi memeriah kan lagi majlis Reunion RCT, jumpa lagi pada majlis yang akan datang...









Thursday, May 5, 2011

Kayuhan Jelajah Sabah Siri 1


Tarikh : 30hb May - 3hb April 2011

Hari Pertama
On-Road 40% , Offroad 60%

Laluan : Putatan - Bulatan Papar - Jln Bkt Manggis - Bulatan Ulu Kimanis - Kg Toboon - Bongowan - Ulu Membakut (100km)

Hari Kedua
On-Road 80% , Offroad 20%

Laluan : Ulu Membakut - Pekan Membakut - Kg Pimping - Binsulok - Kuala Penyu - Tempurung - Kg Melikai - Menumbok - Labuan ( 87km)


Geng RCT : Sokri, Atox, Pak Ya, RaniMerida, Suriani, Lie Harun, Matsom, Ikhwan, WakHalim, PakUda, Joko, Amm, FadzlyM Diah, WanTer, IGUANO (Support team- Sarjan & Alien)


Geng Jom Kayuh : Ramlee, Sabtu, Saniff, Rokis, Tuan Yu , Hiffani, Affendy, Hj KAS, Awen, Hj Azlan, Foo, Shahrir, MatNor, AreDie, Japai, Hilmi, Raja Ahmad Shah (Photographer- Zai)


Buat julung kalinya Geng RCT membuat kayuhan ke seberang laut Pulau Borneo Sabah Dibawah Bayu bersama-sama Geng Jom Kayuh iaitu team dari Pulau Labuan. Tahniah buat geng RCT dan Jom Kayuh kerana berjaya menamatkan kayuhan sejauh 187km dengan pelbagai rintangan yang ditempoh dengan cuaca yang tidak menentu semasa kayuhan berlansung. Buat pihak penganjur Geng Jom Kayuh terima kasih daun keladi kerana bertungkus lumus mengaturkan kayuhan ini agar sempurna dari penginapan hingga ke makan minum peserta tanpa sebarang masalah. Diharapkan program kayuhan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang Insyaallah.




Kena RM70 sekotak Sport Equipment Fee. Kalu Golf set FOC. Apa punya turr laa...

Related Posts with Thumbnails