[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Thursday, December 24, 2009

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah,


RCT punya pemandu safety car dah menamatkan zaman bujang beliau...
jadi kami ahli RCT mengucapkan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat....



YANG NIE SEMPOI SIKIT..
mamat sebelah kanan tuu pakai baju melayu puteh segak dah..tapi yg pie sarung pouch bag apahal...
apa punya turrrrrrrrrrrrr daaaaaaaa.............he he he

Wednesday, December 16, 2009

AmanJaya Offroad @ Trek PakMail

Tarikh: 17hb Dec 2009
Masa: 9.30 - 11.00pg
Jarak: 25KM
offroad 95% onroad 5%
GengRCT: Megat, Yon, LieHarun, Atok, MakSom, LaloX dan Iguano

Lama dah tak layan offroad ,tiba masa nya geng RCT menerima pelawaan dari Megat utk meredah offroad di Amanjaya iaitu trek kebiasaan buat geng SP empunya ialah Pak Mail. Trek nie cukup pueh hati bagi geng fulsus la terutamanya Atok. Bagi yg lain terhentak la punkoq tu pakai hardtail. Ini kalu RaniMerida joint ngan gherek baru dia, mau tau laaa... kenikmatan melayan downhill di sulam dengan batu kelikir yang besaq serta alor ayaq yg dalam. Saspect buat yon hanya memakai tayar slick saja ketika meredah offroad. Beliau berkata cuma rasa ngilu saja ketika melalui jalan yg berbatu besaq sikit dan laluan yang lain cuma bawah ketiak dia saja jelas beliau. Seperti biasa Raja bukit Laloq, nafsu nya yang sungguh kuat terhadap lurah-lurah bukit membuat kan raja pecut matsom hanya pancut ketika dibawah bukit sahaja. Manakala Raja fulsus Atok cuma senyum simpul ketika menurun bukit sambil mengorek hidung yg penuh dengan tahi idung....

Seperti biasa sesi group photo sebelum taya begolek

Tengah dok syok kayuh jumpa plak lonkang.

Acara downhill

Yon cuba mengcontrolkan diri sambil memakai taya slick.

Atok membuat downhill dua kali selepas kemuncak syawat tidak tercapai pada kali pertama.

Ini geng wonderpets.

Posing maut selepas keletihan...

Wednesday, December 9, 2009

Kayuhan mandi kat Lata Mengkuang,Sik [2]
















TAHNIAH KEPADA YG MENJAYAKANNYA....


Kayuhan mandi kat Lata Mengkuang,Sik [1]


Pak Ya peserta terakhir yg d tunggu2

Monday, November 30, 2009

XPDC Berbasikal Rakan Muda Jelajah Yan,Kedah










TAHNIAH KEPADA 3 ORANG WAKIL RCT....

Sunday, November 29, 2009

Baju Beskal Raya Korban






SAPA BERMINAT CARI ATOK OMAQ...


Saturday, November 21, 2009

Ahli RCT Gantung Gerek 3 Bulan...

lutut dislocated pastu ada crack kat tempurung,pasai tu la kena simen....kesiannnnnnnnn....

Punca hangpa pie tanya tuan tuboh sendiri...

Sapa yg kayuh kot Bedong tu boleh la singgah nengoknya...

OK Bang Kri Semoga Elok cepat kaki tu nanti Kita kayuh lagi...
(itu pon jika tak jual la gerek yg dok ada tuu)


Sunday, November 15, 2009

Jom Pie Sekali Lagi Kayuh Kat Penang...

nah!! pakat nganga lagi... jom kita joint yang nie plak.. almaklomlah... nak kata tak training dah pie dah minggu lepas... nak kata tak hebat sampai pecah paru-paru pon ada sampao kona kot lain pon ada... jadi apa kata kita pie kayuh sekali lagi kat Pulau tuu...he he he

Basikal bukit promosi PP peringkat antarabangsa

GEORGETOWN - Pertandingan Kayuh Lasak, 'Penang Mountain Bike Jamboree Challenge' yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Disember ini bakal mempromosikan keindahan dan keunikan Pulau Pinang di pentas antarabangsa.

Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Lydia Ong Kok Fooi berkata, pertandingan basikal bukit kali ke-7 ini dikenal pasti sebagai salah satu acara paling sukar dalam sukan basikal bukit di negara ini.

Menurutnya, pada pertandingan tersebut turut dimuatkan program santai kepada pelumba basikal yang mendambakan keindahan hutan kehijauan yang terdapat di kebanyakan bukit di negeri ini.

Menurutnya, pertandingan ini dijangka menerima penyertaan lebih 1,000 pelumba basikal bukit yang terdiri daripada pelbagai negara termasuk Belgium, Switzerland, Denmark, Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Australia, Singapura dan pelumba tempatan.

"Pertandingan yang dianjurkan oleh 'The Knights of The Round Table' (KOTRT), di bawah kelulusan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) ini bakal mempamerkan khazanah warisan yang dimiliki Pulau Pinang melalui perspektif seorang pelumba di samping bertindak sebagai jalan alternatif menikmati keindahan negeri ini dengan berbasikal bukit.

"Pertandingan Kayuh Lasak ini turut dibuka kepada semua peringkat pelumba dan juga mereka yang meminati aktiviti berbasikal dan saya berharap lebih ramai pelumba tempatan yang akan menyertainya bagi mewujudkan masyarakat sihat dan cergas," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

"Paling menarik dalam pertandingan Kayuh Lasak Jamboree kali ini ialah kesemua pelumba basikal bukit akan melalui laluan pertandingan meliputi Jejak Warisan Georgetown dalam tema pertandingan 'mencari harta karun' dengan pelumba yang terdiri daripada lima orang dalam satu pasukan perlu mencari klu, menjawabnya dan melaksanakan beberapa tugasan wajib di pelbagai lokasi warisan terkemuka di negeri ini," katanya.

Kok Fooi berkata, kayuhan tahun ini akan dimulakan di tengah-tengah Bandaraya Georgetown pada hari pertama sebelum mengikuti laluan ke Bukit Bendera pada hari kedua.

"Laluan di Bukit Bendera akan meliputi aspek 'off-road', 'single-track', trek mendaki dan menuruni bukit secara teknikal di beberapa tempat yang pastinya akan menghadirkan cabaran bermakna kepada peserta.

"Pelumba juga turut berpeluang untuk menikmati kelazatan juadah makanan di negeri ini, selaras dengan moto KOTRT iaitu 'Makan Untuk Berkayuh, Berkayuh untuk Makan' di samping mempromosikan ikatan persahabatan dalam kalangan pelumba," katanya lagi.

Pada perkembangan lain, beliau berharap lebih banyak persatuan dan organisasi sukan di negeri ini tampil menganjurkan sesuatu program bertaraf antarabangsa bagi tujuan mempromosikan Pulau Pinang di mata dunia.

Monday, November 9, 2009

Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 6

Related Posts with Thumbnails