nah!! pakat nganga lagi... jom kita joint yang nie plak.. almaklomlah... nak kata tak training dah pie dah minggu lepas... nak kata tak hebat sampai pecah paru-paru pon ada sampao kona kot lain pon ada... jadi apa kata kita pie kayuh sekali lagi kat Pulau tuu...he he he
Basikal bukit promosi PP peringkat antarabangsa
GEORGETOWN - Pertandingan Kayuh Lasak, 'Penang Mountain Bike Jamboree Challenge' yang bakal diadakan pada 5 dan 6 Disember ini bakal mempromosikan keindahan dan keunikan Pulau Pinang di pentas antarabangsa.
Pengerusi Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Lydia Ong Kok Fooi berkata, pertandingan basikal bukit kali ke-7 ini dikenal pasti sebagai salah satu acara paling sukar dalam sukan basikal bukit di negara ini.
Menurutnya, pada pertandingan tersebut turut dimuatkan program santai kepada pelumba basikal yang mendambakan keindahan hutan kehijauan yang terdapat di kebanyakan bukit di negeri ini.
Menurutnya, pertandingan ini dijangka menerima penyertaan lebih 1,000 pelumba basikal bukit yang terdiri daripada pelbagai negara termasuk Belgium, Switzerland, Denmark, Jerman, Amerika Syarikat, Britain, Australia, Singapura dan pelumba tempatan.
"Pertandingan yang dianjurkan oleh 'The Knights of The Round Table' (KOTRT), di bawah kelulusan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) ini bakal mempamerkan khazanah warisan yang dimiliki Pulau Pinang melalui perspektif seorang pelumba di samping bertindak sebagai jalan alternatif menikmati keindahan negeri ini dengan berbasikal bukit.
"Pertandingan Kayuh Lasak ini turut dibuka kepada semua peringkat pelumba dan juga mereka yang meminati aktiviti berbasikal dan saya berharap lebih ramai pelumba tempatan yang akan menyertainya bagi mewujudkan masyarakat sihat dan cergas," katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
"Paling menarik dalam pertandingan Kayuh Lasak Jamboree kali ini ialah kesemua pelumba basikal bukit akan melalui laluan pertandingan meliputi Jejak Warisan Georgetown dalam tema pertandingan 'mencari harta karun' dengan pelumba yang terdiri daripada lima orang dalam satu pasukan perlu mencari klu, menjawabnya dan melaksanakan beberapa tugasan wajib di pelbagai lokasi warisan terkemuka di negeri ini," katanya.
Kok Fooi berkata, kayuhan tahun ini akan dimulakan di tengah-tengah Bandaraya Georgetown pada hari pertama sebelum mengikuti laluan ke Bukit Bendera pada hari kedua.
"Laluan di Bukit Bendera akan meliputi aspek 'off-road', 'single-track', trek mendaki dan menuruni bukit secara teknikal di beberapa tempat yang pastinya akan menghadirkan cabaran bermakna kepada peserta.
"Pelumba juga turut berpeluang untuk menikmati kelazatan juadah makanan di negeri ini, selaras dengan moto KOTRT iaitu 'Makan Untuk Berkayuh, Berkayuh untuk Makan' di samping mempromosikan ikatan persahabatan dalam kalangan pelumba," katanya lagi.
Pada perkembangan lain, beliau berharap lebih banyak persatuan dan organisasi sukan di negeri ini tampil menganjurkan sesuatu program bertaraf antarabangsa bagi tujuan mempromosikan Pulau Pinang di mata dunia.
RCT - Laporan Xtvt...
Sunday, November 15, 2009
Jom Pie Sekali Lagi Kayuh Kat Penang...
Posted by Anak Pendang at 11/15/2009 02:27:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: RCT Story ::
-
▼
2009
(119)
-
▼
November
(11)
- XPDC Berbasikal Rakan Muda Jelajah Yan,Kedah
- Baju Beskal Raya Korban
- Ahli RCT Gantung Gerek 3 Bulan...
- Jom Pie Sekali Lagi Kayuh Kat Penang...
- Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 6
- Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 5
- Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 4
- Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 3
- Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 2
- Kayuhan Lie Penchen de' Ferringghi 09 - Part 1
- Hilang Tak dapat Di Kesan...!!
-
▼
November
(11)
0 Comments:
Post a Comment