[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Sunday, October 25, 2009

Kayuhan Pecahan D'Lemak TiTi HaYun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah sekian lama dok buat lemak hari ini dapatlah dikumpulkan semula sebahagian dari RCT punya geng untuk di buat kayuhan pecahan lemak...

tepat jam 9.00 seperti dijanjikan iaitu check point pertama adalah di kaki gunung dan selepas di bincangkan operasi pecahan lemak ini adalah menggunakan litar GP kaki gunung ke titi hayun...

antara geng RCT yang terlibat ialah... bang Kri, Rani Merida, Bad, Mie, Lan, Sahaq dan ahli baru iaitu Bob Paiman...

OK Selamat menjamu mata....

Ride With CM. Round 1Penang...


Tarikh: 25 Okt 2009
Jarak: 81KM
Round Penang
Masa: 7pg-10pg
Geng RCT: Atok,PokYa,Zale,Botak dan Fuad

Tahniah kepada 5 geng RCT yang telah berjaya menamatkan kayuhan satu pulau dengan mengambil masa selama 3 jam dan berjaya mendapat jersi kuning dari pihak penganjur. Walaupun dicucuk oleh geng-geng RB dengan tabah nya geng RCT dapat menyahut cabaran untuk menaluki satu pulau. Kayuhan bermula jam 7 pagi seramai 561 org bagi ketegori round satu pulau dilepaskan oleh Org kenamaan Penang. Laluan yang rata membolehkan para peserta untuk merempit ikut sesuka hati dan setibanya di Balik Pulau masing-masing membuka serombong hidung untuk memanjat gunung yang setinggi 211 meter(adihariman). Disitu laluan amat lah mencabar sedikit dan boleh lihat ramai bikers yang Pamchit.

Buat penganjur ,Tahniah dan terima kasih di ucapkan kerana berjaya menguruskan event ini dengan sempurnanya dan T-Shirt dan Jersi yang diberikan sangat lah berpuas hati dan berbaloi. Harap tahun hadapan event ini dapat diadakan lagi... Jumpa di Tahun hadapan...



Jumpa Lagi Miss Pricillia... jadi Ghost

Pok Ya The Legend

Pelumba Negara ditahun 60an...

Rakan Lama PokYa. "Hang tanya Lie..."

Atok dan Botak setiba di garisan penamat.

Zale berjaya menamatkan kayuhan

Thursday, October 22, 2009

Gambaq KPLR 2009

Gambar ini di ambik oleh jurukamera RCT Botak. Mohon maaf dipinta sekiranya gambar tuan2 dan puan2 tidak di ambik semasa berlangsung nya Kayuhan Pecah Lemak Raya 2009 baru-baru ini.


RCT Nasir Mamak





Sunday, October 18, 2009

Kayuhan Pecah Lemak 2009 @ Hat Yai


Tarikh : 17 - 18 hb Oktober 2009

Kangar- Wang Kelian-Hatyai- Padang Besaq-Kangar (230KM)

Geng RCT: Pok Ya, Atok , Fuad , SokriBendang , RaniMerida , Lie Harun , Lalox , Nasir, Bad , MatSom dan Fahrul

SupportCar @Paparazi : Shah Heater dan Arman

Syabas buat pengajur Perlis MTB, MCT dan Ramly SP bertungkus lumus utk menjayakan program Kayuhan Pecah Lemak 2009. Tidak lupa juga Geng2 MTB Thailand melayan peserta KPLR dengan menjamu air kelapa, air beteri, air lengkong perghhh... memang hebat depa nie.

Tahniah kepada 11 orang geng RCT berjaya menamatkan kayuhan
dengan jayanya tanpa sebarang masalah yang besar. Cuma Pok ya terpaksa mengayuh basikal yang kekurangan angin sejauh 30km sorang-sorang... memang suspek laa... iishh.. kalu geng thailand pie tangkap Pok Ya nie boh dalam akuarium habis laa Pok Ya jadi P..K Lady. mujur la tak da apa2 pun berlaku pada Pok Ya. Atok pula mengalami nasib yang sama iaitu tayar beliau mengalami kebocoran kerena terkena batu tajam.

Pada hari kedua Geng RCT bersepakat utk kayuh bersama2 bagi mengelakkan kejadian yang menimpa pada pok ya berulang kembali. Kami sampai ke Padang Katong tepat pukul 4 ptg dengan selamat nya. alhamdulillah...


Ini penyamun tarbus...
Begambar bersama Polis Thailand.
Nasir... kau memang gempaq. Tak caya hang tanya Lie...
Pok ya dan Lie harun
Tuu dia RaniMerida...
Atok... Tayar panchit
Fahrul the Jersey Merah
SokriBendang, Zaidi PFK, Fuad Iguano, Razif Baling

Sawadekap Abg Polis...

Thursday, October 15, 2009

Persiapan untuk KPLR 2009 bersama RCT. 12.10.2009.

Beberapa hari lepas beberapa orang ahli RCT dapat di kumpulkan untuk latihan KPLR 2009 mengelilingi Gunung Jerai sejauh 64 km...Kayuhan hari ni bermula jam 9 am...mungkin nak rasa kayuhan tengah panas bagi menghadapi situasi sebenar di KPLR 2009...

BAD,FARUL,SOKRI,LALOQ,HISHAM AWANG dan NASIR.Kayuhan hari ni nampak bersemangat dengan kayuhan 25km ++....cayalah....untuk Nasir tahniah ..baru joint dah ikut projek KPLR 2009.







Related Posts with Thumbnails