[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Sunday, October 25, 2009

Ride With CM. Round 1Penang...


Tarikh: 25 Okt 2009
Jarak: 81KM
Round Penang
Masa: 7pg-10pg
Geng RCT: Atok,PokYa,Zale,Botak dan Fuad

Tahniah kepada 5 geng RCT yang telah berjaya menamatkan kayuhan satu pulau dengan mengambil masa selama 3 jam dan berjaya mendapat jersi kuning dari pihak penganjur. Walaupun dicucuk oleh geng-geng RB dengan tabah nya geng RCT dapat menyahut cabaran untuk menaluki satu pulau. Kayuhan bermula jam 7 pagi seramai 561 org bagi ketegori round satu pulau dilepaskan oleh Org kenamaan Penang. Laluan yang rata membolehkan para peserta untuk merempit ikut sesuka hati dan setibanya di Balik Pulau masing-masing membuka serombong hidung untuk memanjat gunung yang setinggi 211 meter(adihariman). Disitu laluan amat lah mencabar sedikit dan boleh lihat ramai bikers yang Pamchit.

Buat penganjur ,Tahniah dan terima kasih di ucapkan kerana berjaya menguruskan event ini dengan sempurnanya dan T-Shirt dan Jersi yang diberikan sangat lah berpuas hati dan berbaloi. Harap tahun hadapan event ini dapat diadakan lagi... Jumpa di Tahun hadapan...



Jumpa Lagi Miss Pricillia... jadi Ghost

Pok Ya The Legend

Pelumba Negara ditahun 60an...

Rakan Lama PokYa. "Hang tanya Lie..."

Atok dan Botak setiba di garisan penamat.

Zale berjaya menamatkan kayuhan

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails