[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Friday, December 31, 2010

MTB untuk dijual





Size 19\" inch
Xt group set except shifter & FD(Deore)
Wheel set mavic 223+hub A to Z
Brake Avid BB7
Handle bar Ritchey Carbon
Pedal Look Quartz
Saddle SR Royal Gel
Seat post KCNC Ti Pro Lite
Bar end KCNC (not in picture)
Fork Epicon Remote lock
Skewer Token
Never used offroad
Reason to sell:buy new Road Bike
Call or sms for serious buyer only

PRICE > RM3300
019-5136867
*price nego untill let go


Tuesday, December 7, 2010

RCT Beramah Mesra Bersama JMJ'11


Tarikh: 07hb Disember 2010

Jarak : 48km

Cuaca: Hujan renyai2

Geng RCT: Sokri, Pak Uda, Pok Nik, Roslee, Man INST, Mat Joe, Bob, RaniMerida, Padli Offsite, Amm, IGUANO


Sakalung perhargaan kepada Geng PERWAJA kerana sudi meluangkan masa bersama geng RCT untuk melayan trek JMJ'11 yang mantop sekali. Trek yang berprestij ini sungguh menggerunkan dengan keadaan permukaan yang basah serta penuh dengan cabaran gunung-ganang yang begitu menghairahkan Ho-liau... Semoga pihak penganjur beroleh kejayaan menganjurkan Jamboree yang julung kali nya diadakan di Gurun, Kedah pada 16hbJan 2011. Jumpa lagi di tahun hadapan JMJ'11 !!!




Dari kiri Pak Uda, IGUANO, Amm dan Mat Joe



Amm dan Roslee Mengambil nyawa sebentar


Gua saspek lu laa Padli...


Tayar sokri pancit ditengah hutan getah


Mengambil kesempatan dengan harga susu getah yg tinggi.


Disini dinamakan bukit JUDI. Macam kat Genting Highland.

Berlatar belakangkan Lapangan GOLF HAVARD JAERAI.


Sunday, November 21, 2010

Ada ka geng RCT sanggup buat camnie..??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3mwkppnzn1t40ljJdSnQYuwe4jcgNQB36ldfMvawiTCMmkbj_NwNmzScOcH5wu-fsC7dCcAD6Hfjgq-Xs_468PKAMYI0zsZ-iudCca_bNqB2oUTUlVgmALqLLguB-Dnh0EeQd8-Qm9oLi/s320/DSCF3907.JPG

gambar hiasan saja nie..satgie hangpa dok kata pengetua tu pulak


Pengetua naik basikal kutip dana di China

Sekolah perlu RM1.5j bina surau

KUALA LUMPUR: Niat mengumpul dana untuk pembinaan surau baru menguatkan semangat Pengetua Sekolah Menengah (SMK) Segambut Jaya, Muhamad Khailani Abdul Jalil, mengayuh basikal sejauh 190 kilometer (km) dalam Program Kayuhan Sejaya dari Lexiaguo ke Kunming, daerah Yunnan, China, baru-baru ini.


Muhamad Khailani berkata, keadaan berbukit dan cerun tidak menjadi penghalang kerana pemandangan indah kawasan pertanian yang diusahakan secara tradisional itu mampu menghilangkan penat lelah.


Katanya, pemandangan sangat menakjubkan seolah-olah satu panorama lukisan luas terbentang dan program kayuhan amal itu berjaya ditamatkan dalam masa empat hari walaupun melalui cuaca sejuk, hujan serta angin kencang sepanjang perjalanan pada hari ketiga dan keempat.


"Saya memulakan kayuhan setiap pagi di lokasi berbeza menuju ke Kunming.


"Sepanjang perjalanan saya sempat singgah di enam masjid untuk menguatkan semangat, solat serta berehat. Setiap pekan ada restoran makanan Islam," katanya.


Muhamad Khailani berkata, anggaran kos pembinaan surau itu ialah RM1.5 juta dan setakat ini pihaknya baru menerima RM20,000 dan berharap jumlah itu akan terus bertambah seterusnya pembinaan surau baru akan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah kewangan.


Katanya, surau sedia ada hanya mampu menempatkan 500 jemaah dan apabila siap, surau itu boleh digunakan untuk solat Jumaat seperti jaminan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


"Buat masa ini kami menyewa empat bas dari syarikat swasta bagi menghantar 600 pelajar lelaki ke Masjid Manjalara dengan kos RM11,000 sebulan. Setiap bas perlu berulang-alik dua kali untuk tujuan itu.


"Selepas siap pembinaan surau baru ini, banyak kos yang boleh dijimatkan dan usaha saya membuat kayuhan amal ini diharap dapat membantu kutipan dana yang kami perlukan," katanya.


http://www.bharian.com.my

Tuesday, October 5, 2010

KPLR 2010 , 2nd Edition


Tarikh : 2 - 3 Oktober 2010
perjalanan : Kangar - Wang Kelian -Hatyai -Padang Besaq - Kangar ( 210KM)
Geng RCT : Atok Kouto, Lalox, Nasiq mama, Naset Burn, Mat Joe, Rani Merida, Suriani Merida, Yess Boss, Lee Munaf, Zale , Bob, Iguano, pak Uda, Amer, Pok Nik, Fahrul , Bad, Sokri, Lee harun, Pok Ya, Armanto. Supportcar : Yone, Mas, ZI


ZI and Sokri

RCT's Riders

Pasangan yang secocok

Nak kuat kayuh makan benatang nie, tak caya tanya Lee.

Abangs Thailand yang Macho

Mkan di Thalanang (Floating Market)




Tuesday, August 31, 2010

RCT Suriani

Nama: Suriani Bt Md Isa

Status : Orang Umah Rani Merida

Anak : 4 Orang





RCT Wan Ter

Nama: Wan Mohammad Termizi B Sulaiman

Asal: Orang Melaka




RCT WanTer

Nama : Wan Mohammad Termizi B Sulaiman

Asal : Orang Melaka




RCT Lie Harun


Nama : Roslie B Harun


RCT Sarjan (Support Team)


Nama : Farizan Md Desa

Pangilan: SARJAN

Tugasan: Mengawal selia kelakuan Geng RCT agar berdisplin di jalan raya. Selain itu mengawal lalu lintas supaya geng RCT dapat mengayuh dengan selamat.




Salah satu pantang larang dia bila geng RCT CRAMP, dia akan kayuh...

Saturday, August 28, 2010

Berlemak - lemak....


Tunggu...


Riders yang confirm pergi....

1. Sarjan ( Support Car)
2. Mael Machaaa.. (Support Car)
3. Mas Radzie Mas Rahim (Support Car)
4. Khairul Izham B Baharom (Support Car)

5. Zakaria Youb (Pok Ya)
6. Rozaidi Omar (Atok)
7. Abd Rani B Abd Hamid
8. Roslee B Harun
9. Zuhaimi B Che Kub (LALOX)
10. M Sokri B Said
11. Badrul Hisham B Hashim
12. M Fahrul Nizar B M Arip
13. Nik Harisi B Nik Leh
14. Nasiruddin B Abu Bakar ( Nasir Mamak)
15. Khairil Azmer B Shaari- Ilyas
16. M Johari B Rasli
17. M Nasir B Bakar
18. Ahmad Yusre B Hamdan
19. IGUANO
20. Zulkifle Ibrahim
21. Borhannudin Ahkbar Paiman
22. Roshadzale B Abd Rahim
23. Suriani Md Isa (Wife RaniMerida)
24. Mohd Fadzly Mat Diah
25. Ku Mohd Azlan Ku Ahmad
26. Roslee B Mohd Munaf
27. Yusof SB

Wednesday, August 11, 2010

Laporan Kayuhan d'Perlis Part 1

Assalamuallaikum....


Aku rasa hangpa memang dok nanti2kan up date blog kita pasai KAYUHAN D'PERLIS tu kan... so far sorry la sebab lambat sikit nak update.. almaklumlah.... admin pon bukannya rajin sangat..he he he...

OK lah setelah dok belek membelek facebook sahabat yg telah uploadkan gambaq2 event kita nie maka kat sini aku masukkan beberapa keping sebagai tatapan sahabat2 yg tak ada facebook...

KRONOLOGI KAYUHAN...

Pagi dalam jam 7.30am semua geng RCT dah start berkumpoi di PFK sambil membuat sentuhan terakhir kat beskal-beskal mereka...lebih kurang jam 7.50am pihak RCT menjemput Encik Halim iaitu SM yg bertugas pada hari tersebut untuk memberikan sepatah dua kata dan melepaskan kami pada hari itu...


TQ..Cik Halim...

Sebelum nak Flag Off..telah dijemput Ust Masri untuk membaca doa..dan alhamdulillah so far doa yg dibaca tu makbul on the spot..bukan apa dalam cuaca dok cerah elok2 jaa tetiba jadi mendung....seperti ada payung dok lindung kat atas sana...


semua kusyuk mengaminkan doa Ust Masri...


sessi bergambar sebelum berlepas....


bergerak keluar dari PFK...masa nie hujan sudah rintik2...


di simpang Guar Nenas..Abang trapik tu dah start Basah dah sambil jaga jalan



dekat simpang Guar Cempedak.. teringat Le Tour D'Langkawi sewaktu di Simpang 4 nie
tapi depa mai dari Alor Setaq ke SP tapi yg nie dari Jalan Jenun ke YAN...










Lebih Kurang 2jam berkayuh dari Gurun.. maka telah tiba di check point pertama iaitu di Petronas Kuala Kedah...jarak dia berapa KM tak tau lupa nak tengok meter...:-)



Semua pakat dok ambik angin dan menceritakan panglaman berkayuh dalam hujan sebentar tadi dan selain mengisi perut serta mengajust apa yg tak kena kat beskal masing-masing...disini seorang ahli RCT iaitu Mizi mai joint tang nie..sebab memandangkan rumah dia kat Aloq Setaq dia mai tang nie laa...


ini dia dua team yg bermusuhan disepanjang kayuhan.. ada dendam tak berbalas kot..?

Bila dah segaq semula maka kayuhan disambung semula dan jalan seterusnya ialah melalui JAMBATAN TELOK PASAI di KUALA KEDAH....malas nak karang hangpa tengok gambaq sudah laa....

atas jambatan...


dah sampai ayaq hitam.. disini ada cerita best dimana hari ini dalam sejarah dimana
anak Ayaq Hitam balik kampung dia naik beskal..hangpa teka la sapa..??


kayuh punya kayuh dah sampai tengahari dimana waktu nak kena isi perut... tugas cari makan nie Pak Lan telah uruskan dimana dia dah kautim dengan makcik kedai dimana dia booking satu kedai untuk geng kayuh mai bedal....kedai nie dok kat Simpang 4 Perlis sana... jadi masa makan pon bermula....




lincin puak2 nie bedal..........

Apabila sudah kenyang perut maka kayuhan diteruskan untuk ke Kuala Perlis.. dimana semua telah berpakat untuk melalui jalan pantai....



Telah sampai ke Kuala Perlis..apa lagi pakat bergambar di mercu tanda Kuala laa...



Selepas bergambar disini maka diteruskan kayuhan ke hotel dimana destinasi untuk melelapkan mata pada malam nanti..... hotel yg dipilih adalah hotel 55 bintang iaitu T Hotel...



Bila dah check in dan merehatkan badan untuk seketika pada petangnya pakat rancang nak pekena laksa kuala perlis... maka Restoran Kak Su jadi pilihan...



Selepas pakat pekena LAKSA nie semua pakat buat aktiviti bebas....

Jadi aku rasa aku stop dulu la kat sini nanti aku sambung pulak untuk upacara belasah Ikan Bakaq pulak... jadi stop dulu laa..nak buat kerja lain pulak....tunggu episod seterusnya...



Related Posts with Thumbnails