[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Wednesday, August 11, 2010

Laporan Kayuhan d'Perlis Part 1

Assalamuallaikum....


Aku rasa hangpa memang dok nanti2kan up date blog kita pasai KAYUHAN D'PERLIS tu kan... so far sorry la sebab lambat sikit nak update.. almaklumlah.... admin pon bukannya rajin sangat..he he he...

OK lah setelah dok belek membelek facebook sahabat yg telah uploadkan gambaq2 event kita nie maka kat sini aku masukkan beberapa keping sebagai tatapan sahabat2 yg tak ada facebook...

KRONOLOGI KAYUHAN...

Pagi dalam jam 7.30am semua geng RCT dah start berkumpoi di PFK sambil membuat sentuhan terakhir kat beskal-beskal mereka...lebih kurang jam 7.50am pihak RCT menjemput Encik Halim iaitu SM yg bertugas pada hari tersebut untuk memberikan sepatah dua kata dan melepaskan kami pada hari itu...


TQ..Cik Halim...

Sebelum nak Flag Off..telah dijemput Ust Masri untuk membaca doa..dan alhamdulillah so far doa yg dibaca tu makbul on the spot..bukan apa dalam cuaca dok cerah elok2 jaa tetiba jadi mendung....seperti ada payung dok lindung kat atas sana...


semua kusyuk mengaminkan doa Ust Masri...


sessi bergambar sebelum berlepas....


bergerak keluar dari PFK...masa nie hujan sudah rintik2...


di simpang Guar Nenas..Abang trapik tu dah start Basah dah sambil jaga jalan



dekat simpang Guar Cempedak.. teringat Le Tour D'Langkawi sewaktu di Simpang 4 nie
tapi depa mai dari Alor Setaq ke SP tapi yg nie dari Jalan Jenun ke YAN...










Lebih Kurang 2jam berkayuh dari Gurun.. maka telah tiba di check point pertama iaitu di Petronas Kuala Kedah...jarak dia berapa KM tak tau lupa nak tengok meter...:-)



Semua pakat dok ambik angin dan menceritakan panglaman berkayuh dalam hujan sebentar tadi dan selain mengisi perut serta mengajust apa yg tak kena kat beskal masing-masing...disini seorang ahli RCT iaitu Mizi mai joint tang nie..sebab memandangkan rumah dia kat Aloq Setaq dia mai tang nie laa...


ini dia dua team yg bermusuhan disepanjang kayuhan.. ada dendam tak berbalas kot..?

Bila dah segaq semula maka kayuhan disambung semula dan jalan seterusnya ialah melalui JAMBATAN TELOK PASAI di KUALA KEDAH....malas nak karang hangpa tengok gambaq sudah laa....

atas jambatan...


dah sampai ayaq hitam.. disini ada cerita best dimana hari ini dalam sejarah dimana
anak Ayaq Hitam balik kampung dia naik beskal..hangpa teka la sapa..??


kayuh punya kayuh dah sampai tengahari dimana waktu nak kena isi perut... tugas cari makan nie Pak Lan telah uruskan dimana dia dah kautim dengan makcik kedai dimana dia booking satu kedai untuk geng kayuh mai bedal....kedai nie dok kat Simpang 4 Perlis sana... jadi masa makan pon bermula....




lincin puak2 nie bedal..........

Apabila sudah kenyang perut maka kayuhan diteruskan untuk ke Kuala Perlis.. dimana semua telah berpakat untuk melalui jalan pantai....



Telah sampai ke Kuala Perlis..apa lagi pakat bergambar di mercu tanda Kuala laa...



Selepas bergambar disini maka diteruskan kayuhan ke hotel dimana destinasi untuk melelapkan mata pada malam nanti..... hotel yg dipilih adalah hotel 55 bintang iaitu T Hotel...



Bila dah check in dan merehatkan badan untuk seketika pada petangnya pakat rancang nak pekena laksa kuala perlis... maka Restoran Kak Su jadi pilihan...



Selepas pakat pekena LAKSA nie semua pakat buat aktiviti bebas....

Jadi aku rasa aku stop dulu la kat sini nanti aku sambung pulak untuk upacara belasah Ikan Bakaq pulak... jadi stop dulu laa..nak buat kerja lain pulak....tunggu episod seterusnya...



0 Comments:

Related Posts with Thumbnails