[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Saturday, April 2, 2011

Kayuhan sempena Hari Peringatan Polis ke-204 Peringkat Daerah Yan.

Bersempena dengan hari Peringatan Polis ke- 204 peringkat Daerah Yan , Rakap Cycling Team RCT telah mengambil bahagian dalam siri Kayuhan Jelajah Yan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada 2hb April 2011. Program Kayuhan Jelajah Yan dilancar oleh Ketua Polis Daerah Yang Dihormati Dsp. Ismail Bin Abu merupakan satu program Komuniti bersama masyarakat bagi merapatkan hubungan silaturahim masyarakat daerah Yan dengan Polis Diraja Malaysia dengan mesej bersama mencegah jenayah dan penyalahgunaan dadah. Seawal 7.30 pagi acara dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan serta penyampaian doa dan seterusnya pelepasan yang disempurnakan oleh Ketua Polis Daeran Yan dengan tembakan ke langit poooommmmm....

Seramai 6 orang mewakili RCT : Joko, Rani Merida, Kak Suriani, Roslee, Yess Boss, dan Iguano, telah memberi sokongan moral kepada pihak penganjur agar program berjalan dengan jayanya dengan mengikuti segala aspek keselamatan semasa kayuhan berlansung dan kayuhan maintain 30km/hr. Program berakhir dengan cabutan bertuah dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kayuhan. Pihak IPD yan mengucap berbanyak terima kasih kepada RCT kerana sama-sama menjayakan program komuniti yang dianjurkan.


Yess Boss dapat dapat watikah perlantikan...

Bergambar di hadapan IPD Yan


0 Comments:

Related Posts with Thumbnails