[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Monday, October 17, 2011

Innalillahiwainnailahirojiun



Dimaklumkana bahawa Kayuhan Amal yang sepatutnya diadakan pada 22 OKT 2011 (Sabtu) DIBATALKAN.. Dukacita dimaklumkan bahawa Adik Nur Azreen Damia telah kembali ke Rahmatullah pada hari RABU (12 Okt 2011) yang lalu, jam 11.30 malam di Hospital Yan.

Pihak ADMIN baru sahaja mendapat berita itu pada jam 9.30 pagi tadi..Walau bagaimanapun Ismail Sp, Ramly Sp, Puad Waksa dan Fuad Iguano Telentang telah berkunjung ke rumah Allahyarhamah Adik Nu Azreen jam 5.00 petang tadi bagi menghulurkan sedikit sumbangan saguhati sebanyak RM500...

Jumlah terkumpul kutipan yang disumbangkan oleh beberapa Kelab Basikal adalah sebanyak RM3918.....Bakinya masih ada sebanyak RM3418..

Pihak ADMIN berharap agar mana-mana rider yang mempunyai maklumat berkaitan dengan mereka yang memerlukan sumbangan (khusus bagi penyakit kritikal dan dari keluarga miskin) dapat menghubungi pihak ADMIN untuk bermuzakarah bagi menyampaikan sumbangan tersebut melalui Kayuhan Amal....

Semoga sumbangan dan niat ikhlas tuan-tuan dan puan-puan membantu adik Nur Azreen akan dikira sebagai amala jariah dan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.."

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails