TAHNIAH KEPADA SEMUA...
Ternyata RCT belum berkubur....











OK nanti sambung lagi...











Posted by Anak Pendang at 3/19/2012 08:36:00 AM 2 comments


Dimaklumkana bahawa Kayuhan Amal yang sepatutnya diadakan pada 22 OKT 2011 (Sabtu) DIBATALKAN.. Dukacita dimaklumkan bahawa Adik Nur Azreen Damia telah kembali ke Rahmatullah pada hari RABU (12 Okt 2011) yang lalu, jam 11.30 malam di Hospital Yan.
Pihak ADMIN baru sahaja mendapat berita itu pada jam 9.30 pagi tadi..Walau bagaimanapun Ismail Sp, Ramly Sp, Puad Waksa dan Fuad Iguano Telentang telah berkunjung ke rumah Allahyarhamah Adik Nu Azreen jam 5.00 petang tadi bagi menghulurkan sedikit sumbangan saguhati sebanyak RM500...
Jumlah terkumpul kutipan yang disumbangkan oleh beberapa Kelab Basikal adalah sebanyak RM3918.....Bakinya masih ada sebanyak RM3418..
Pihak ADMIN berharap agar mana-mana rider yang mempunyai maklumat berkaitan dengan mereka yang memerlukan sumbangan (khusus bagi penyakit kritikal dan dari keluarga miskin) dapat menghubungi pihak ADMIN untuk bermuzakarah bagi menyampaikan sumbangan tersebut melalui Kayuhan Amal....
Semoga sumbangan dan niat ikhlas tuan-tuan dan puan-puan membantu adik Nur Azreen akan dikira sebagai amala jariah dan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.."
Posted by Iguano at 10/17/2011 06:25:00 AM 0 comments





Posted by Iguano at 6/12/2011 08:31:00 PM 0 comments


Posted by Iguano at 5/05/2011 07:57:00 PM 0 comments

Tarikh : 09hb april 2011
Tempat : Sungai Kob
Jarak : 80 km ( Sg Petani - Sidam - Ladang Victoria - Pdg Meiha - Karangn - Sg Kob - Sg Petani)
Geng RCT : Laloq, Sokri, Bad, Ujang Manan, Rani Merida, kak Suriani, Mad Joe, nasir Mamak dan Iguano.


Posted by Iguano at 4/09/2011 08:02:00 AM 0 comments
Bersempena dengan hari Peringatan Polis ke- 204 peringkat Daerah Yan , Rakap Cycling Team RCT telah mengambil bahagian dalam siri Kayuhan Jelajah Yan yang dianjurkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Yan pada 2hb April 2011. Program Kayuhan Jelajah Yan dilancar oleh Ketua Polis Daerah Yang Dihormati Dsp. Ismail Bin Abu merupakan satu program Komuniti bersama masyarakat bagi merapatkan hubungan silaturahim masyarakat daerah Yan dengan Polis Diraja Malaysia dengan mesej bersama mencegah jenayah dan penyalahgunaan dadah. Seawal 7.30 pagi acara dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan serta penyampaian doa dan seterusnya pelepasan yang disempurnakan oleh Ketua Polis Daeran Yan dengan tembakan ke langit poooommmmm....Seramai 6 orang mewakili RCT : Joko, Rani Merida, Kak Suriani, Roslee, Yess Boss, dan Iguano, telah memberi sokongan moral kepada pihak penganjur agar program berjalan dengan jayanya dengan mengikuti segala aspek keselamatan semasa kayuhan berlansung dan kayuhan maintain 30km/hr. Program berakhir dengan cabutan bertuah dan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kayuhan. Pihak IPD yan mengucap berbanyak terima kasih kepada RCT kerana sama-sama menjayakan program komuniti yang dianjurkan.
Yess Boss dapat dapat watikah perlantikan...
Bergambar di hadapan IPD Yan
Posted by Iguano at 4/02/2011 10:14:00 PM 0 comments
Tarikh : 27hb Februari 2011
Jarak : 180KM
Laluan : Gurun - Sik - Beris - Gulau - Gubir - Highway Pedu - Kg Berkas -Felda Sg Tiang - Pdg Pusing - Kg Paya Mat Isun - Padang Lembu - Gurun
Cuaca : HOO Liau Lit-lit (Kat sana lagi panaih)
Riders : Mat Som, Sokri, Atox, Ujang Manang, Lalox, Bob, Iguano, Tuan Fadzli, Hj Ramly, Cg Din, Wan G dan Jamal Intel.
Support Car : Ayen dan Ayie
Terima kasih pada semua riders kerana sudi menyahut cabaran Jelajah Kedah dimana sekian lama perancangan Hj Ramly kini tercapai dengan jayanya. Alhamdullilah syukur kehadrat illahi segala perancang berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah dan musibah semasa kayuhan berlansung. Dengan keadaan cuaca yang begitu baik sekali tanpa kehadiran hujan membuatkan pengayuh-pengayuh tegar memecut tanpa hilang arah terutama sekali kepada Team A dan selebihnya Team B iaitu skuad Kueh Lapis membuat kayuhan ala santai mantai. Tidak lupa juga Skuad Team C yang mengalami ala-ala mengkarung hanya berdiam diri didalam kenderaan rasmi. Sejuta penghargaan buat support car iaitu En. Ayen dan En Ayie kerana berusaha untuk mengorbankan masa sehari bagi melayan karenah-karenah riders.
Insyaallah Jelajah Kedah Siri 2 akan muncul tidak lama lagi dimana pengarahnya iaitu Hj Ramly SP akan membuat pengumuman dalam masa terdekat. Tungggguuuuu...
Jumpa lagi di Jelajah Kedah Siri 2...
Posted by Iguano at 2/27/2011 05:55:00 PM 0 comments