Assalamualaikum,
nampaknya hari ini team RCT telah memecah rekod peribadi dari segi kadar jauhnya kayuhan. Dimana jarak yg telah berjaya di lakukan adalah 80.33km iaitu dari..
Guaq -> Aloq Setaq -> Kuala Kedah (pekena gulai ikan temenung) -> Kg Sg Nonang -> tebengau -> Yan -> Guaq
Antara geng RCT yg terlibat adalah RCT Fuad, Zale, Sukri, Sahaq, lan dan Mizi. RCT Mizi membuat kayuhan solo dari Aloq Setaq dan bertemu geng yg lain di Padang Lumat. Lalu patah balik semula ke Aloq Setar. Sepanjang kayuhan di sisir Terusan Wan Mat Saman sehingga ke Alor Setar lebih kurang 30km. dan tempat berhenti pertama adalah di Stesen PETRONAS TANDOP.
di sana pakat buat keputusan untuk pekena GULAI IKAN TEMENUNG di jalan KUALA KEDAH. Best jugak ikan temenung paklong nie.. pastu boleh dikatakan murah jugak sebab 12ekoq + kepah + sambal + 6 pinggan nasik harga dia cuma 25 inggit jaa... patut laa ramai kat kedai nie...
Bila dah kenyang..kayuhan untuk balik ke Guaq dimulakan dan jalan yg dipilih kali nie adalah menerusi jalan susur dari KUALA KEDAH ke YAN dimana org panggil jalan belakang. Dalam kayuhan pulang gerek RCT Zale telah pancit dan terpaksa di buat penukaran tiub dalam dahulu. Ini kira 1st time kejadian spt ini berlaku... Selepai selesai memomen tayar tersebut kayuhan diteruskan untuk menuju ke GUAQ...
ini ada sedikit gambaq utk membakaq semangat RCT yg lain ..
0 Comments:
Post a Comment