salammm...
memandang dak lama aku berehat selepas kelahiran anak ke 3, alhamdulillah aku kembali bersama specialised hitam aku. agak frust jg tak dapat ikut 2,3 trip yg lepas. pi titi hayun hari tu ingat nak ikut, tapi kena appoinment ngan doktor plak kat KMC.
Pagi kelmarin 23 / 02/ 09 bersempena hari gaji, aku fahrul dan Bad berjaya sampai ke Kmpung Raga. Hajatnya nak pi sampai Tanjung Jaga, tapi keluar pun dah lewat, masa tak mengizinkan.
Mula di taman Lambaian - Titi Teras - Kg Perupuk - Kg Pauh - Kg Permatang Pasir - Kg Raga.dan patah balik ikut jalan yg sama. Ikut odometer Bad lebih kurang 36km.
Masa balik singgah minum kat Kg Permatang Pasir jumpa pakcik korporat dari KL. dia pun kaki cycle jg. sembang u and i. dia kata
"sini kedai my mother in law. I org kl. weekend selalu layan kat Kiara. I ahli micf."
aku pun tak tau sangat pasai trek kat Kiara tu dan MICF menatang apa, just layan saja buat-buat tau. Tapi Fahrul tau kut, tengok dia layan ...
Hari ni jg Fahrul test tayar Maxxis baru dia. sampai terpisah dgn kami, Bad pula try Deore XT baru. aku cuma semangat baru. letih jg pasai lama tak jalan........apapun ni sedikit gambar kelmari yg sempat dirakamkan....
0 Comments:
Post a Comment