[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Thursday, March 12, 2009

Tanjong Jaga ditawan lagi.


Tarikh: 12 Mac 2009

Jarak Keseluruhan: 60km . 100% on road

Masa: 8.30 Pg – 12.00 Tgh

Geng RCT: Abg Shukri, Fahrul, Bad dan Aku (Fuad)

Cuaca: Cukup cantek.Panas Terik…

Mula kayuh dari Taman Sinar Mentari (Umah Abg Kri) sampai ke kaki Gunung Jerai.”Lepak lu sakit pungkoq” Abg Kri kata.Jadi kita lepak kat kaki gunung jerai sambil menunggu Fahrul dan Bad yg nak joint sekali kayuhan di pagi khamis.laluan trek dr kaki gunung jerai sampailah Pantai Murni cuma mini Tar sahaja manakala ke tanjong jaga tu bergunung-ganang, bak kata Raja Bukit Pueihhhh… sebut aja raja bukit nie, dengar kata raja bukit BPJ sudah ditewas kan oleh raja bukit Guaq pada minggu lepaih.Mungkin Raja Bukit BPJ tak warm up kot jadi senang2 aja kena cilok.

Sampai aja kat Tanjong Jaga beraksilah masing2 dengan kepakaran dan aura yang ada utk merabat gunung yang setinggi 500m dari paras laut.Memang pueihhh laa… Tapi abg kri kata yang nie tak da pa. Yang gunung jerai tu sampai tarik urat juboq dan Urat kepala. Buat Pengetahuan semua, penjelajahan Tanjong Jaga nie sudah masuk kali ke Tiga oleh geng2 RCT. Team RCT yang mula-mula adalah Amm, Bad dan Fahrul.

Kami lepak satu kat simpang nak pie tanjung dawai dan kedua kat depan Pejabat Pos Bedong. Abg Kri ajak pekena cendoi Bedong memang sempoi.Aku nak ajak pie kena cendoi Pak Wahab tapi dah ada awek cendoi punya pasai jadi tak jadi lah. Lepaih pekena cendoi Bad dan Fahrul terpaksa teruih ke Guaq, aku dan Abg Kri pie Tmn Sinar Mentari.Nie ada sedikit gambar semasa penjelajahan Tanjong Jaga.


Di kaki Gunung Jerai. Manalah Bad dan Fahrul nie...

Sampai di Pekan Merbok

Ke Muzium Arkeologi

Abg Kri dgn Aksi Tupah. PANAS!!!
Nak jadi Doktor masuk Universiti nie.


Sedap betoi lah cendoi awek bedong...

Kat belakang tu... kalu nak tau bekas tunang Mad Stim...

Mad stim... ooo Mad... stim kalu tak hang kena buat cendoi laa utk Geng RCT.


0 Comments:

Related Posts with Thumbnails