[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Sunday, May 24, 2009

TAZKIRAH RCT : he He he Mana Tak kena Tu Kita Pakat2 Per ELOK La Nooo...

Aurat lelaki sering diremehkan

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhm7u4tuLt6g4Pdt95rnwZvk3IQl0IsIkA1alhPAjftQCHFDPkIexEy4eZzQVi7ZVVqQQzaS_Ro9fPbDi6wVZMwUqW2DhbI0Lg1zZglz8K5oVwDogoCCckSdHDUMQJqW2M5Y90IEX4qIvk/s400/badan+028.jpg

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.

Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh PR itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.

--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 5/24/2009 08:58:00 AM

sumber: tranungkite

Kebun Bunga Lengkong Amin Ride, สวนดอกไม้ขี้ม้า






Mula-mula sekali aku nak bagi tau kalu pie Betong nie 3 perkara harus dipenuhi. Pertama hangpa pie lah kedai basikal Amin mintak dia buat Ayaq Lengkong, itu pun selepas wakanabeb, Kedua pie kedai Restoran NAN A-A mintak dia Ayaq Pegaga dan Last Sekali yang nie tak tau boleh kaa dapat, hangpa pie mintak kat bini hangpa Permit nak masuk Betong Thailand.Tak tentu jugak, kalu dah ada border pass tapi bini tak pecaya kat hangpa. Pasai kwn kita kena dah S_ _D T_J dia mungkin tak dpt permit. Nak Wat cam na lain kali boh laa racun yg power sket.


Aku mewakili Geng RCT telah diberi kepecayaan untuk menyertai Kebun Bunga Ride nie yang dianjurkan oleh KGB. Sekalung tahniah diucapkan buat KGB,Abg Razif, Tuan Fadzil dan Nizam Imegresen kerana mereka nie lah yang bertungkus lumus utk menjayakan kayuhan ini. Lebih kurang kat 50 org yg joint Geng Malaysia dan Geng Thailand.Geng Malaysia~ KGB and The Geng, Baling Bikers, Manjung Cycle Team, Odd ,Apit ,Hj Kamal , Tokey Kedai Bestkal KULIM Abg Jamil, Perlis Power MTB, Geng TRM, Geng Kroh MTB dan Geng PGA MTB. Aku rasa malu gak anak Pak Megat, Imran 9 tahun, tanya aku mana yang lain Geng RCT terutama nyan46 dan sahaq yg dok selalu sembang dlm shoutmix tu. Aku bg tau laa.. itu pun kelentong laa sket "depa kena jaga anak, bini pegi kursus". Padahal permit tak approved. Nak wat cam na Adik Imran. Nanti abg iguano bawak laa geng RCT pie makan ayaq lengkong dah laaa...


สวนดอกไม้ขี้ม้า
Jarak: 45km tarmac
Kecerunan: ish!!! had nie susah laa... Tayar depan dok terangkat saja.
Cuaca: Cukup cantek
Kelajuan mendaki: 4.5 ~5.5 Km/hr

Bagi aku route nie paling power la kalu nak dibandingkan ngan Gunung Jerai. Macam kata Tuan Fadzil ckp ada dua bukit yg power dan mcabar sblom nak sampai kebun bunga. Memang kementelan dan Kestarminaan menguji betul laa gunung nie. Ada gak geng yang berputuih asa patah balik. Tapi aku sekali lagi respect pada Imran boleh complete kan ride nie.Ishhh... kalu ada lah Geng RCT yang lain kayuh, Adek imran nie main saikologi gak laa kat geng RCT... semangat betul adek niee.



Jaga laa hampa Geng RCT, Adek kalu dpt kayuh ngan Sahaq dan Nyan46 potong sayuq aja laa...

Bagi aku Kebun Bunga nie Ibarat Membuka TV Channel 8, Lepaih tgk dua Bukit yang seksa Puehhhh rasanya. Bagi tidak mengecewakan geng RCT yg lain aku tunjuk sket gambar aku pie Kebun Bunga.
และสนุกกับการมีความสุขมากขี่กับพวกเขามากเพื่อนร่วมกัน.

Wendy Memecut dan aku Mencucuk dr belakang.
Adek manis, abg nak mkn puluittt... Bang Zan
Belakang tu ladang strawberi ala siam.Teknik terbaru.
Bersama Wan German
Ishh... dia tulis apa tah...rasa dia kata" Tak Jauh dah kebun bunga 6 kilo lagi".
Tokey Bestkal Abg Jamil dan Hj KamalTempat kami Landing...Ehh...main kona-kona plak bang RazifPak Usup dan Tok MegatTu diaa... Kecerunan di tahap yg melampau.Gherek Abg Jamil (Bestkal) Ari The Power Man.

Wednesday, May 20, 2009

BPJ Offroad Santai Ride and Sesat Ride

Tarikh: 20hb Mei 2009

Track: SP Jamboree

80% offroad , 15% onroad, 5% Sesat Road

Jarak: 20 KM

Cuaca: Cukup cantek.

Dah lama dah... teringin nak main offroad geng RCT nie, akhirnya kesampaian gak laa. Cuma jaraknya tak berapa jauh sangat dan kayuhan pun santai-mantai aja laaa... track nie tak la trail sangat-sangat tapi bole la utk geng RCT yang beginner nie. Untuk track offroad kena lebih berjaga-jaga dan teknik kayuhan pun perlu ada jika dibandingkan dengan onroad Tarmac yang hanya perlu speeding sahaja.

Kali nie kayuhan offroad nie di ketuai oleh Megat kerana beliau lebih arif tentang track nie, sblom nie pun beliau pernah berkayuh dengan geng yang joint SP Jamboree.ishh!!! silap nie kona balik, eh.. nie kot jln nak pie penang, nie, patah balik jln nie nak pie noreh getah. mcm2 laa track kami ikut , janji jgn sesat sudah. Geng RCT yg joint Sahaq, Mat Som, Mie, Sokri@bendang, Fuad dan Megat. Lepaih nie kita main kat Bukit kachi plak bersama geng Tandope.



Berkumpul kat umah sahaq.
Amik gambaq duluk...
Aku keja mlm td. Aku x mau kayuh, nak dok bwh pokok getah nie.
Org pagi2 dah noreh getah, depa nie main ronda2 plak kat kebun getah.
Yer naa deii tamby... inggaafah...
Track PGB line memang power down hill dan up hill. Lepaih nie geng RCT nak try.
ishh.. kot jln mana plak nii...
isshh... kona balik weiii... silap jln.
Batu nie dah tuguling kan geng RCT. Jaga2 laa bila main offroad. Batu nie kasaq sangat nooo...
Ada gherek pie tolak plak...
Keluaq kebun getah jumpa plak sawah bendang...
Sampai di kg pantai prai. ingat sampai seberang prai daa...


RCT Mat Som

Ahli RCT baru iaitu MAT SOM nama panggilannya. Masih baru dalam dunia penGHEREKan. Bercita-cita ingin menjelajah negara Eropah. Selamat Maju Jaya buat Mat Som.





RCT Megat

Nak kata ahli baru tak gak. Yang ni ahli RCT namanya Megat. Berketerunan darah diraja. Orang nya sangat simple.Tak payah nak berpatik- patik nooo...


Gherek nya cap GIANT. Haaa.. bukan TESCO nooo... adek kpd IGUANO.


Tuesday, May 19, 2009

KAYUHAN GULAI ITIK

Assalamualaikum,

Alhamdulillah nampaknya kayuhan hari nie dapat dilaksanakan dengan jayanya... aku rasa hangpa pasti akan dah tahu mesej tajuk dan gambaq yang terpampang di awal posting nie... he he he.. amacam nayan bila mau terlaksana hajat hang tuuu...

Ok hari nie kayuhan dilaksanakan dengan 3 ahli RCT iaitu RCT Zale, RCT Lan dan ahli baru RCT Atok... dan campoq 2 orang SAFETY CAR RCT iaitu SC RCT Zaidi & Ujang... depa 2 org nie dengaq kata nak pie B.ISLAM nak buat loan beli GEREK..... he he he..

OK kayuhan hari nie START dari:
RUMAH ZALE -> KAKI GUNUNG -> LUBOK KAWAH -> TERUS KE TITI HAYUN -> Mandi Manda Dulu -> BALIK SINGGAH PEKENA GULAI ITIK -> TERUS KE GUAQ CHEMPEDAK -> LAST RUMAH ZALE

JARAK - 40km

Inilah dia Orang lama 'OTAI' dgn Orang Baru
Bersama Safety Car RCT Rozaidi
Zaidi Sedang Bergaya bersama 'TANK'
willkang sekali...
Sedang Melepas PENAT di TITI HAYUN

Bila nak up grade tak tau corratec nie..?
he he he ... sah Nayan terbakaq tengok 'GULAI ITIK' nie
perghhhh.... sodap tuuu...
Amacam Nyan mau rasa kaa....? - Kata Zale kat Nyan
menu berlaukkan ITIK.. dgn ulam pucuk kayu
Tu diaa LINCIN mak enon puak nie sental nya..


Ayaq Limau Nipis Ais tuuu...


Safety Car sedang mengiringi kayuhan hari nie..

JARAK YANG DI HASILKAN..
MISION COMPLETED

Jumpa Lagi lain XTVT...

SALAAM..


Related Posts with Thumbnails