[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Sunday, May 17, 2009

1 Nothern MTB Ragaih Gunung Jerai.


Salam semua,

Baru 3 hari yang lepas Geng RCT telah meragaih Gunung Jerai, hari nie 17hb Mei 2009 nafsu depa memuncak sekali lagi untuk meragaih bersama-sama seluruh geng MTB di kedah Geng Taman Sri Serdang, Geng PGA Kroh, Geng Baling Biker (Bang Razif, KPL. Hanif, Fozi, Wan, Wendy, SM Zali, Ferhud dan Apit) , Geng Manjung Cycle Team, KGB and The Geng ( Abg Said TRJ, Abg Lan Mobil, CG Din, Pak Mail, Pak Yusuf dan Abg Zailani). Geng RCT plak yang joint Sahaq, Bad , Iguano hehe... , Rani dan muka baru Norisham Eng. Keseluruhannya nampak ramai yg joint lebih kurang 40 org masa flag off last-last jumpa kat atas dua tiga org aja, tak tau yang lain pie mana tah. Pasai iguano jd sweeper bersama Abg Razif sebab tu dia tau jumlah keseluruhan penyertaan. Kayuhan Gunung Jerai di ketuai oleh KGB dan lepaih nie KGB akan keluarkan sijil bagi geng yg dpt Lesen E.

Geng RCT yang pertama sampai ke puncak seperti biasa Bad mendahului geng RCT yang lain disusuli Sahaq dan iguano. Yang menyedih kan Abg Rani dan Norisham hanya mampu memiliki lesen B full saja. Abg Rani kata, tak payah kalut2 esok lusa abih gheja kita mai lagi buat lesen baru. Semangat betul Abg Rani setelah mengetahui teknik-teknik kayuhan Gunung Jerai walaupun dia hanya berhenti berehat pada KM 6 kerana seblom ini dia hanya mampu mengayuh sehingga pondok 1 saja. Tahniah di ucapkan buat Abg Rani dengan kecekalan beliau.


Bang RamlySP cucuk sayuq aja ngan Abg Razif.
Cikgu Kajai dr TSS membuat kona maut.

Besama Kak Wendy. Huihh power betui kayuhwati nie.Kena potong sayuq saja.
Norisham Geng baru RCT.
Bergambar di hadapan Muzium Perhutanan bersama Geng Team Seri Serdang,Team KBCC dan Baling Biker
Sampai di MuziumPerhutanan Tepat Jam 10.00 pagi

Kesimpulannya kayuhan kali nie amat meriah sekali dengan cuaca yang cukup cantek sekali cuma nasi minyak aja tak dak. Tak pa lain kali kalu ada rezeki insyaallah nasi minyak akan terhidang di depan Gate Tiang TELEKOM. Bagi geng2 yang masih belom memiliki Lesen E Gunung Jerai diharapkan tidak berputus asa untuk memilikinya. Jangan takut utk memiliki Lesen E ibarat Meragaih Gunung Jerai dalam Kelambu, Keluar Kelambu rasa puehhhh...

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails