Salam Rct,
Setelah hampir sebulan rct team bercuti, bermula pada kayuhan Ulu legong maka hari ini organizer fuad cuba sedaya untuk mengumpul semula ahli agar dapat turun bersama-sama memeriahkan kayuhan keOffroad Amanjaya.Tapi hari ini cuma 4 org sahaja yg dapat bersama2 mengikuti aktiviti riadah ini.RCT yg join hari ini ialah Fuad Iguano,Sahaq,Megat dan Suhaimi.yg lain2 sibuk dengan urusan kerja dan member Guar ikut kayuhan ke Titi hayun.
Jarak keseluruhan kayuhan adalah sejauh 25km dimana 70 peratus adalah melalui jalan off-road,selebihnya ikut tarmac...untuk pengetahuan semua, trek kali ni sebenarnya adalah laluan yg selalu dibuat oleh group Ramly Sp and the gang dan trek ini rasanya mungkin makanan bagi mereka..tapi bagi aku dan kawan yg baru ikut trek ni penangannya memang mencabar tetapi best sebab banyak skill dan aspek teknikal yg dapat dipelajari.Bukit2 yg walaupun tak setinggi Gunung jerai tapi cukup untuk membuat jantung dan nafas berdegup kencang.
Memang puas layan trek ni,antara kenangan yg dikutip ialah Rct Mie bila nak climb mesti berenti dulu lepas tu dia ambik keputusan tidoq sat.aku pun tak tau apa taktik dia tapi katanya rasa macam nak tidoq saja mungkin pasal tak cukup oksigen kot..tapi bila dapat downhill yg panjang2 rasa tak puas pun ada..pendek kata trek ni cukup best, kalau nak pi mana2 jamboree mai la layan kat sini dulu baru tau fitness tahap mana..
Last but not least,kepada rakan yg selalu dok layan cross country saja aku cadangkan sekali sekala tu try la pulak off-roaad mcm ni.. baru dapat kepuasan bermountain bike..lagipun kita beli gerek ribu2 rugi kalau tak fully utilize..he.he..
Terima kasih kepada Abg ramly Sp coz introduce trek ni...sempoiii...
check point depan karnival cinta sayang sp
Suhaimi,last sekali kayuh sebelum cuti sekolah lepas..
Rct megat..jersi baru..
Fuad,style kepala latest...
ketua xpdc kali ni Rct fuad
ni kat highest point sungai petani...
kalau manusia makin tamak,pemandangan cam gini mungkin akan lenyap dek pambangunan.no more green earth..
downhill,sayup mata memandang..
kat sini kena tolak,depa tanam anak getah rapat sangat..
take 5,aku dah penat..
masih nak control macho..mie..
fuad n megat masih senyum tp yg blkg tu dah tetidoq
Suhaimi,sampai dah...
RCT - Laporan Xtvt...
Tuesday, June 30, 2009
Amanjaya Off Road...kayuhan pengenalan..
Posted by sahaq at 6/30/2009 11:04:00 PM 0 comments
Thursday, June 25, 2009
Kayuhan Santai Sambil Buang Buruk...
Mula Guaq Station -> Masuk ke Titi BoM -> guna mini tar sepanjang highway -> sampai stesen keretapi bkt Pinang -> tembak pie kot Bt 17 -> sampai simpang masuk sedaka -> Keluaq Teroi -> lajak ke Titi Teras -> kaki gunung -> patah balik keluaq kot Kedai azlishah -> pie kedai Gerek jalan YAN -> balik Rumah...
Posted by Anak Pendang at 6/25/2009 10:54:00 AM 0 comments
Wednesday, June 24, 2009
NTMTBA'09 - RCT Bad berjaya menaklukinya..
alhamdulillah nampaknya wakil tunggal RCT di Nibong Tebal punya event baru2 nie telah dapat mengakhiri ke garisan penamat dengan jayanya... beliau adalah RCT Bad.. jadi saksikanlah beberapa keping gambaq yg dapat di kongsi oleh beliau....
Posted by Anak Pendang at 6/24/2009 10:34:00 PM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
Kayuhan bersama Sokri . Gurun Titi Hayun.21.06.2009
Laporan RaniMerida
Posted by Anak Pendang at 6/21/2009 03:36:00 AM 0 comments
Saturday, June 20, 2009
Rekod kayuhan dua hari tanpa henti
|
|
BERJAYA. Persiapan hampir enam bulan ternyata berbaloi kepada Wong Wai Hoong, 31, apabila beliau berjaya mencipta rekod maraton berbasikal selama 48 jam di Kuala Lumpur semalam.
Kejayaan tersebut meletakkan namanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) sekali gus meleburkan rekod lama pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Alvin Raj, 35, yang melakukan maraton berbasikal selama 38 jam pada Oktober 2005 lalu.
Wai Hoong berlatih dengan berlari sehingga 20 kilometer setiap hari dan mengayuh basikal antara empat hingga 12 jam sehari sejak Disember lalu.
"Walaupun penat dan mengantuk, saya tetap bertekad untuk menyudahkan misi ini," jelasnya.
Turut hadir meraikan kejayaannya ialah Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Dr. M. Jegathesan dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Shahril Ridza Ridzuan.
Posted by Anak Pendang at 6/20/2009 12:38:00 PM 0 comments
Health Alert : HAZE!!
Dear all,
Over the past few days the Malaysian Meteorological Department has reported worsening air quality and visibility in some parts of Malaysia due to haze.
Health Effects of Haze
The health effects of haze are mainly caused by the irritant effects of fine dust particles on the nose, throat, airways, skin and eyes.
The health effects of haze will depend on its severity, as measured by the Air Pollution Index (API). There is also individual variation regarding the ability to tolerate air pollution.
Most people would at most experience sneezing, running nose, eye irritation, itchy skin,dry throat and dry cough from the pollutants. These symptoms are mild and pose no danger to the health of the general population. The long term effects are generally unknown.
Cigarette smokers, those who work outdoors for long hours and persons with medical problems like asthma, chronic lung disease, sinusitis, heart diseases, anemia and allergic skin conditions are likely to be more affected by the haze and they may experience more severe symptoms.
Children and the elderly in general are more likely to be affected. For some, symptoms may worsen with physical activities.
Avoiding Haze
The ill-effects of haze can be minimized in several ways:
• Limit outdoor activities
• When outdoors, cover much of your skin and use suitable face masks. Masks that can filter particulate (<10 microns) are best
• Drink plenty of water
• Use HEPA fitted air filters at home if your family is sensitive to haze or suffering from lung diseases.
• Seek medical help promptly when you start having lung or skin problems
"Together We Achieve LTI-Free Organization"
Best Regards,
ADMIN
Posted by Anak Pendang at 6/20/2009 07:23:00 AM 1 comments
HATI Oh HATI-HATI
HATI yang lembut seumpama tanah yang subur, mudah untuk diterokai, mudah untuk bercucuk tanam dan mudah segala-galanya bagi seorang petani untuk mengusahakannya. Hasilnya dari kelembutan itu juga memberikan impak yang besar kepada tanaman yang mampu hidup subur manakala akar umbinya mudah menjalar di dalam tanah untuk mencari baja demi kesuburan batang pohonnya di atas.
Begitulah diumpamakan hati yang lembut itu seumpama tanah yang subur, hati yang lembut mudah untuk menerima segala ajaran dari Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dan menerima baik segala nasihat-nasihat orang sekelilingnya. Hati yang lembut itu seumpama tanah yang memberikan kesuburan kepada tanaman dan begitu juga hati memberikan kesuburan kepada tumbuhnya Iman bagi menegakkan sifat-sifat takwa yang akan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat.
Manakala hati yang keras pula seumpama tanah yang gersang yang bukan sahaja membinasakan tanaman malah tidak mampu pula untuk membantu pertumbuhan tanaman di atasnya. Begitulah diumpamakan hati yang keras yang sukar menerima ajaran Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta menolak segala nasihat-nasihat baik untuk dirinya. Hati yang keras itu berkait rapat dengan hasutan syaitan atau iblis, yang mana kedua-duanya itu dijadikan dari api maka sudah tentu sedikit sebanyak pengaruhnya yang panas itu menguasai hati manusia sehingga menjadi keras. Bahang kepanasan api itu memberikan impak yang sangat besar dan mempengaruhi hati menjadi keras, liar, jahat dan sukar untuk menerima segala perkara yang baik.
Kita dianjurkan agar sentiasa melembutkan hati dengan mengingati Allah s.w.t dan mati serta menjauhi segala perkara yang boleh menjadikan hati kita itu keras dan degil sama ada dari sudut permakanan, pandangan, pendengaran dan sebagainya. Hati yang keras akan menjadi sebab terheretnya kita ke dalam neraka akibat kemungkaran yang dilakukan kita di dunia ini.
Posted by Anak Pendang at 6/20/2009 07:01:00 AM 0 comments
Pesanan Untuk Semua
- Jawablah telepon dengan menggunakan telinga sebelah kiri...
- minumlah obat dengan tidak menggunakan air dingin...
- makanlah makanan ringan setelah jam 6 malam bukan makanan berat...
- minum lebih banyak air pada pagi hari, minum lebih sedikit pada malam hari...
- jam tidur yang paling baik adalah jam 10 malam s/d jam 5 pagi...
- jangan terlalu cepat berbaring setelah minum obat...
- ketika battery HP tinggal satu bar, jangan angkat telepon karena radiasi meningkat hingga 100 kali lipat...!
Teruskan pesan ini ke orang-orang yang kita sayangi...
dan yakinlah bahwa kebaikan hati...
tak akan pernah merugikan kita.
Posted by Anak Pendang at 6/20/2009 12:11:00 AM 0 comments
Friday, June 19, 2009
Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
( Versi Kemaskini pada 17 April 08 )
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Baru-baru ini saya menerima satu soalan berkenaan dengan skim kutu dan hukumnya dari sudut Islam. Soalannya seperti berikut :-
Ustaz, saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini
Pekerja office saya ada membuat \"main kutu\". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan dapat 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..
Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contah mamat bulan jan, abu feb, ali mac dan seterusnya itu adalah harus.
Saya harap sangat komen ustaz. namun jika pendapat saya tu betul alhamdullilah, ini bermakna saya faham setelah membaca buku uzar tulis
Sebelum saya menghuraikan hukumnya pada sudut pandangan Islam, terlebih dahulu ada baiknya kita melihat tafsiran 'kutu' menurut AKTA 28 AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971 , ia ditafsirkan sebagai :
"kumpulan wang kutu" ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan berbagai-bagai nama sepeti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya peserta-pesertanya membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta-peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada berbagai-bagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine
Hukum dari sudut Undang-undang Malaysia
Setelah meneliti akta yang berkaitan, jelas termaktub seperti berikut :-
Seksyen 3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
Maka adalah salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Justeru, amat jelas lagi bersuluh kegiatan skim simpanan kutu ini adalah salah dan tidak dibenarkan di sisi undang-undang.
Tinjauan Shariah
Untuk menentukan hukum Shariah adalah amat mudah dalam hal yang telah diputuskan 'salah' oleh undang-undang negara. Selagi mana peruntukan undang-undang itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Al-hadis, ia akan diiktiraf sebagai haram juga di sisi Shariah.
Namun jika anda ingin memahaminya skim kutu ini dari sudut proses dan caranya , sama ada ia diterima oleh Shariah atau tidak. Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus. ( Namun keharusan ini telah dibataskan oleh akta wang kutu di atas tadi)
Ini adalah kerana sebenarnya wang diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keistimewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan.
Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.
Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.
Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.
Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.
Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. Antara hujjah saya adalah seperti berikut :-
أسلفني وأسلفك
Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)
Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.
Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.
Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.
Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu 'Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)
Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.
Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah, dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.
Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)
Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pihak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)
Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran
Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.
Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.
Kesimpulan
Jika dilihat dari sudut proses dan perjalanan skim kutu ini semata-mata, ia adalah harus menurut pandangan Islam, namun diwaktu wujudnya akta rasmi yang melarang. Ia secara rasminya dianggap haram dari sudut hukum Islam atas dasar "kewajiban taat kepada pemerintah dalam hal yang tidak berkait dengan maksiat dan demi kemaslahatan umum yang dilihat oleh pemerintah".
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Posted by Anak Pendang at 6/19/2009 04:07:00 AM 0 comments
Monday, June 15, 2009
Kuala Trengganu Fun Ride by RCT RANI & The Gang
.
Posted by Anak Pendang at 6/15/2009 12:27:00 PM 0 comments
:: RCT Story ::
-
▼
2009
(119)
-
▼
June
(11)
- Amanjaya Off Road...kayuhan pengenalan..
- Kayuhan Santai Sambil Buang Buruk...
- NTMTBA'09 - RCT Bad berjaya menaklukinya..
- Kayuhan bersama Sokri . Gurun Titi Hayun.21.06.2009
- Rekod kayuhan dua hari tanpa henti
- Health Alert : HAZE!!
- HATI Oh HATI-HATI
- Pesanan Untuk Semua
- Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
- Kuala Trengganu Fun Ride by RCT RANI & The Gang
- Untuk geng RCT yang nak Bercanda...
-
▼
June
(11)