[Header+for+RCTonline2.jpg]

RCT - Laporan Xtvt...

Saturday, June 20, 2009

Rekod kayuhan dua hari tanpa henti


Wai Hoong mengibarkan Jalur Gemilang selepas berjaya mencatat rekod kayuhan basikal selama 48 jam tanpa henti di Kuala Lumpur semalam.

BERJAYA. Persiapan hampir enam bulan ternyata berbaloi kepada Wong Wai Hoong, 31, apabila beliau berjaya mencipta rekod maraton berbasikal selama 48 jam di Kuala Lumpur semalam.

Kejayaan tersebut meletakkan namanya dalam Malaysia Book of Records (MBR) sekali gus meleburkan rekod lama pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Alvin Raj, 35, yang melakukan maraton berbasikal selama 38 jam pada Oktober 2005 lalu.

Wai Hoong berlatih dengan berlari sehingga 20 kilometer setiap hari dan mengayuh basikal antara empat hingga 12 jam sehari sejak Disember lalu.

"Walaupun penat dan mengantuk, saya tetap bertekad untuk menyudahkan misi ini," jelasnya.

Turut hadir meraikan kejayaannya ialah Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Dr. M. Jegathesan dan Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Shahril Ridza Ridzuan.

0 Comments:

Related Posts with Thumbnails