Salam Rct,
Setelah hampir sebulan rct team bercuti, bermula pada kayuhan Ulu legong maka hari ini organizer fuad cuba sedaya untuk mengumpul semula ahli agar dapat turun bersama-sama memeriahkan kayuhan keOffroad Amanjaya.Tapi hari ini cuma 4 org sahaja yg dapat bersama2 mengikuti aktiviti riadah ini.RCT yg join hari ini ialah Fuad Iguano,Sahaq,Megat dan Suhaimi.yg lain2 sibuk dengan urusan kerja dan member Guar ikut kayuhan ke Titi hayun.
Jarak keseluruhan kayuhan adalah sejauh 25km dimana 70 peratus adalah melalui jalan off-road,selebihnya ikut tarmac...untuk pengetahuan semua, trek kali ni sebenarnya adalah laluan yg selalu dibuat oleh group Ramly Sp and the gang dan trek ini rasanya mungkin makanan bagi mereka..tapi bagi aku dan kawan yg baru ikut trek ni penangannya memang mencabar tetapi best sebab banyak skill dan aspek teknikal yg dapat dipelajari.Bukit2 yg walaupun tak setinggi Gunung jerai tapi cukup untuk membuat jantung dan nafas berdegup kencang.
Memang puas layan trek ni,antara kenangan yg dikutip ialah Rct Mie bila nak climb mesti berenti dulu lepas tu dia ambik keputusan tidoq sat.aku pun tak tau apa taktik dia tapi katanya rasa macam nak tidoq saja mungkin pasal tak cukup oksigen kot..tapi bila dapat downhill yg panjang2 rasa tak puas pun ada..pendek kata trek ni cukup best, kalau nak pi mana2 jamboree mai la layan kat sini dulu baru tau fitness tahap mana..
Last but not least,kepada rakan yg selalu dok layan cross country saja aku cadangkan sekali sekala tu try la pulak off-roaad mcm ni.. baru dapat kepuasan bermountain bike..lagipun kita beli gerek ribu2 rugi kalau tak fully utilize..he.he..
Terima kasih kepada Abg ramly Sp coz introduce trek ni...sempoiii...
check point depan karnival cinta sayang sp
Suhaimi,last sekali kayuh sebelum cuti sekolah lepas..
Rct megat..jersi baru..
Fuad,style kepala latest...
ketua xpdc kali ni Rct fuad
ni kat highest point sungai petani...
kalau manusia makin tamak,pemandangan cam gini mungkin akan lenyap dek pambangunan.no more green earth..
downhill,sayup mata memandang..
kat sini kena tolak,depa tanam anak getah rapat sangat..
take 5,aku dah penat..
masih nak control macho..mie..
fuad n megat masih senyum tp yg blkg tu dah tetidoq
Suhaimi,sampai dah...
RCT - Laporan Xtvt...
Tuesday, June 30, 2009
Amanjaya Off Road...kayuhan pengenalan..
Posted by sahaq at 6/30/2009 11:04:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
:: RCT Story ::
-
▼
2009
(119)
-
▼
June
(11)
- Amanjaya Off Road...kayuhan pengenalan..
- Kayuhan Santai Sambil Buang Buruk...
- NTMTBA'09 - RCT Bad berjaya menaklukinya..
- Kayuhan bersama Sokri . Gurun Titi Hayun.21.06.2009
- Rekod kayuhan dua hari tanpa henti
- Health Alert : HAZE!!
- HATI Oh HATI-HATI
- Pesanan Untuk Semua
- Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya
- Kuala Trengganu Fun Ride by RCT RANI & The Gang
- Untuk geng RCT yang nak Bercanda...
-
▼
June
(11)
0 Comments:
Post a Comment